Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Wakil Rakyat PH Tak...

BUKIT MERTAJAM - Semua wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) diminta jangan bersikap membalas...

Awie Realisasi Impian OKU...

HASRAT seorang lelaki kelainan upaya (OKU), Nabil Rosli yang mengimpikan bertemu dengan idola...

Aktiviti ‘Susu Suami’, Terlalu...

BARU-BARU ini, masyarakat Malaysia telah 'dihiburkan' dengan sebuah video viral memaparkan aksi isteri...

Video: Dah Buat Salah...

TULAR di media sosial apabila satu video yang berdurasi 2 minit 44 saat yang...

Lelaki Selamba Jalan Sambil Pegang Kepala Isteri

SEORANG lelaki yang telah membunuh dan memotong kepala isterinya, dengan tenang berjalan keluar dari pangsapuri yang didiami mereka sambil memegang kepala wanita itu.

Lelaki itu, Zhang, 31, membunuh wanita berkenaan selepas berlaku pergaduhan di rumah mereka di China. Dia kemudiannya membuang kepala itu dalam tong sampah manakala badan isterinya ditinggalkan dalam rumah mereka.

Setelah berbuat demikian, Zhang menyerah diri di balai polis, kira-kira pukul 8 pagi semalam.

Rakaman CCTV menunjukkan Zhang berjalan sambil tangan kirinya memegang kepala isterinya di satu lorong.

Beberapa jirannya sempat bertembung dengan Zhang. Menurut salah seorang jirannya, Wang, dia melihat seorang lelaki berjalan sambil badannya berlumuran darah.


“Darah memenuhi baju dan kasutnya,” kata Wang. Manakala seorang lagi jirannya, Zheng pula berkata, pemungut sampah menemui kepala manusia dalam tong sampah dan terus menghubungi polis.

Zhang dan isterinya berasal dari Heibei dan mereka menetap di kampung Kangle iaitu kawasan di mana penduduknya bekerja kilang. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • bunuh

Kategori