DENDAM… Marah kerana kekasihnya sering menghabiskan masa bersama kawan-kawan, seorang lelaki menembak dirinya sendiri di kepala menerusi siaran langsung dalam Facebook.
Naphattarakul Phachayakan sebelum itu telah bergaduh dengan teman wanitanya, Noi dan ketika wanita itu keluar dari rumah mereka di Samut Prakan, Thailand, Naphattarakul masih minum wiski.
Tidak lama kemudian dia pergi ke tempat letak kereta dan membuka akaun sosial Facebook pada pukul 2.30 pagi.
Naphattarakul ketika itu sedang memegang sepucuk pistol dan dia kemudiannya melepaskan tembakan ke kepala lalu rebah ke lantai.
Polis dan Noi bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkankan oleh jiran mereka.
Noi, menjerit melihat kekasihnya dan terpaksa ditenteramkan oleh rakan-rakannya.
“Aku keluar rumah untuk mencari tempat tidur. Tidak…ia salah aku,” kata Noi.
Menurut polis, pergaduhan antara Naphattarakul dan Noi berpunca daripada sikap lelaki itu yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarganya.
Lelaki itu selalu mabuk dengan jiran dan kawannya. – MYNEWSHUB.CC