Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Empat Terlibat Curi Kereta...

SHAH ALAM - Polis Selangor menahan empat individu termasuk dua wanita kerana disyaki...

Najib Janji Serah Kerajaan,...

TUMPAT - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan menyerahkan...

Wanita Potong Kemaluan Bekas...

TRAGIK... Seorang wanita didakwa memotong kemaluan bekas teman lelakinya. Suspek turut didakwa memberikan dadah...

PRN Sarawak: PAS Sedia...

PETALING JAYA - PAS sedia berhadapan pertembungan dengan parti komponen pakatan pembangkang di...

Lembu Tak Bertuan Nahas, Sempat Disembelih

SEEKOR lembu yang dipercayai tidak bertuan telah dilanggar sehingga melambung namun sempat disembelih oleh penduduk Felda Selendang, Kuala Rompin, Pahang di lokasi kejadian semalam.

Menurut seorang penduduk, Adnan Mohamad, 30, ada seorang kawannya yang menghubungi untuk datang segera ke tempat kejadian dengan membawa alatan pisau untuk menyembelih lembu seberat 300 kilogram itu.

“Ketika saya sampai di lokasi, saya tengok keadaan lembu patah kaki depan belah kanan dan saiznya memang besar,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya lagi, mereka kemudian sudah puas mencari dan bertanyakan siapa pemilik sebenar haiwan malang tersebut, namun tiada siapa yang tampil mengaku.

“Sekitar jam 7 petang, mereka yang lalu di lokasi kejadian sepakat untuk sembelih sebab tiada tuan mengaku pemiliknya, daripada membiarkan lembu itu mati kesakitan,” ujarnya lagi.


Adnan bersama beberapa para penduduk telah melapah daging lembu tersebut sehingga siap sepenuhnya sekitar jam 10 malam. Kesemua daging diagih kepada orang yang melapah dan kenalan terdekat mereka.

Kemalangan yang membabitkan seekor lembu tersebut bagaimanapun tidak dimaklumkan jenis kenderaan dan pemandu yang melanggar haiwan tersebut. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori