Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PRN: SPR Jangka 85...

KUCHING - Pengerusi Suruhajaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah berharap menyaksikan...

Kanak-Kanak Perempuan Antara 23...

SHAH ALAM - Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun antara 23 warga asing yang...

‘Saya Gagal Beri Adik...

BELUM selesai siasatan polis, seorang lelaki mendakwa dirinya 'abang' kepada suspek yang serang...

Video: Lelaki Tua Tunjuk...

SEORANG lelaki tua yang menunjukkan kemahirannya bermain dram menggunakan sudu dan gelas di...

Letak Calon Bukan Islam Ikut Keperluan – Hadi

MARANG – Langkah PAS meletakkan calon bukan Islam untuk bertanding di beberapa negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah berdasarkan keperluan di kawasan terbabit, kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun, katanya, PAS tidak meletakkan calon bukan Islam di Terengganu kerana memiliki kekuatan jentera akar umbi dan parti yang boleh menyumbang kemenangan.

“Ada (calon) bukan Islam bertanding (mewakili PAS), antara lain di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan, berdasarkan keperluan kawasan itu.

“Di Terengganu, kita (tidak meletakkan calon bukan Islam) berdasarkan jentera dan kekuatan kita.

“Walaupun demikian, kita boleh isi (wakil bukan Islam) dalam badan lain bawah kerajaan (jika mendapat mandat),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengisytiharan Calon PAS Terengganu untuk PRU-14 di Dewan Tok Guru, Rusila di sini, malam tadi, yang menyaksikan parti itu tidak meletakkan calon daripada Gagasan Sejahtera.


Gagasan Sejahtera ialah gabungan beberapa parti politik di Malaysia terdiri daripada PAS, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan Parti Cinta Malaysia (PCM), selain pertubuhan bukan kerajaan serta individu perseorangan.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, PAS tidak bimbang mengenai pecahan undi dalam pertandingan tiga penjuru selepas keluar daripada pakatan pembangkang, yang mungkin menjejaskan peluang parti berkenaan memenangi kerusi tertentu.

“Pengalaman kita dalam PRU lalu, termasuk ketika bekerjasama dengan PKR, mereka menggunakan jentera kita. Sebab itu, kita tidak risau (mengenai pecahan undi),” katanya. – BH ONLINE

Kategori