Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Mark Adam Buka Pusat...

PENYANYI Mark Adam memberitahu impiannya untuk mempunyai sebuah pusat latihan vokal akhirnya terlaksana...

Kebakaran Kecil Di Wad...

SHAH ALAM - Kebakaran kecil berlaku di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU)...

Kedah Rampas Kedudukan Teratas...

KUALA LUMPUR - Pasukan Kedah merampas kedudukan teratas Liga Super selepas membenam pendahulu...

80 Peratus Permukaan LPT2...

KEMAMAN - Dianggarkan 80 peratus permukaan jalan sepanjang laluan Lebuhraya Pantai Timur 2...

Letakkan Kebolehpercayaan SPR Tahap Tinggi

BAGAN DATUK – Kebolehpercayaan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu diberikan pada tahap paling tinggi dalam melaksanakan undang-undang negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ini kerana SPR melaksanakan undang-undang dan peraturan sedia ada yang telah dibahaskan di Parlimen oleh anggota Parlimen yang merupakan pembuat dasar dan penggubal undang-undang di negara ini.

“Mana mungkin kalau SPR merancang untuk hanya membenarkan kerajaan yang sedia ada terus berkuasa kerana (kerajaan) Barisan Nasional (BN) kehilangan di negeri Kelantan selama 28 tahun, Pulau Pinang, Selangor dan satu ketika kita pernah kehilangan buat sementara waktu di Perak.

“…. bagaimana kalau sebuah suruhanjaya yang bebas begini memihak kepada seseorang, mustahil negeri-negeri itu jatuh ke tangan pembangkang, jadi ketelusan ini harus diterima oleh semua pihak,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan projek menaik taraf laluan FT069 dari Simpang Empat Hutan Melintang ke Pekan Bagan Datuk dan Persimpangan Bertingkat FT005 – FT069 Simpang Empat Hutan Melintang di sini hari ini. – BERNAMA

Kategori