Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

ASEAN: 47 Petugas Perubatan...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 47 kakitangan perubatan termasuk tujuh orang pakar bersiap siaga...

Malaysia Airlines Mula Penerbangan...

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines hari ini memulakan perkhidmatan penerbangan sulung A350-900 dari...

Sultan Terengganu Pengerusi Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada Rabu mempengerusikan Mesyuarat...

Pengecualian Cukai Pendapatan Individu...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memberi pengecualian cukai pendapatan individu sehingga 12 bulan...

Liga Premier: PDRM Kekal Rentak Kemenangan

KUALA LUMPUR – Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Premier selepas menang tipis 3-2 ke atas MIFA pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad Sang Saka Biru naik satu anak tangga ke kedudukan keenam liga dengan kutipan 11 mata setelah mengharungi lapan perlawanan setakat ini.

Tiga gol PDRM pada perlawanan berkenaan dijaringkan pemain import dari Korea Selatan, Sim Woon Sub seawal minit keenam perlawanan, Fauzi Abdul Majid (minit ke-54) dan Baqiuddin Shamsudin pada minit ke-84.

Pasukan MIFA pula meraih jaringan menerusi pemain import dari Korea Selatan, Bae Beom-Geun pada minit ke-42 dan K.Satish pada minit ke-87.

Pulau Pinang pula gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan berdepan Terengganu FC II di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.

Terdahulu, pasukan tercorot liga, UKM FC meleburkan rekod tanpa kalah Sabah selepas menewaskan pasukan lawan 3-2 pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Pada perlawanan berkenaan, UKM FC selesa mendahului 3-0 hasil jaringan pemain import dari Korea Selatan, Nam Se-In pada minit ke-28 dan ke-58, sebelum pemain Rwanda, Kipson Atuheire menambah derita pasukan pelawat menerusi gol ketiga pada minit ke-72.


Sabah, bagaimanapun bangkit pada babak kedua perlawanan dengan meraih dua gol menerusi pemain import dari Puerto Rico, Hector Omar Ramos Lebron dan Justin Samaan mengurangkan defisit pada minit ke-75 dan ke-82.

Perlawanan antara Johor Darul Ta’zim II dan Kuantan FA yang sepatutnya berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Bahru, malam ini, dibatalkan selepas pentadbir Liga Malaysia, Malaysian Football League menggugurkan pasukan Kuantan FA daripada Liga Malaysia.

Keputusan tersebut dibuat setelah pasukan Kuantan FA gagal hadir pada aksi berdepan PDRM di Stadium Shah Alam, 15 April lepas. – BERNAMA​​

  • Lagi berita berkaitan:
  • PDRM

Kategori