Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Abdul Hadi Dalam Keadaan...

KUALA TERENGGANU - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berada dalam...

RM15 Juta Bukan Dana...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menepis dakwaan...

Tahlil Untuk Arwah Wan...

KUCHING - Keluarga Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban...

2,033 Kes Baru Covid-19,...

Sebanyak 2,033 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,534,665.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJumlah...

Lihat Bantuan Mara Dalam Konteks Lebih Luas

BERA – Skop serta objektif bantuan yang disediakan Majlis Amanah Rakyat (Mara) kepada usahawan bumiputera perlu dilihat dalam konteks rantaian ekonomi yang lebih luas, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata tindakan pihak tertentu melabelkan kemudahan khusus bagi orang Melayu itu sebagai rasis, adalah keterlaluan dan sengaja ditimbulkan semula terutamanya menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bagi memberi persepsi negatif kepada kerajaan.

“Kita kena ingat, bantuan yang diberikan terutamanya dalam memperkasa ekonomi pada akhirnya akan melimpah kepada kaum lain dalam negara.

“Bila usahawan yang kita bantu ini menjadi sebuah perniagaan besar, ‘partner’ atau rakan kongsi mereka biasanya tidak akan lagi sama, iaitu dalam kata lain akan berkongsi dengan kaum lain yang menguasai sektor tersebut.

“Malah, jika ia kekal menjual nasi lemak sekalipun, bahan-bahan asas seperti beras masih dibeli daripada pembekal yang biasanya bukan dalam kalangan bumiputera,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED Nano) di Laman Kerayong di sini hari ini.

Skim di bawah Mara itu memperuntukkan dana sebanyak RM15 juta bagi mengupayakan usahawan nano bumiputera dengan pembiayaan berjumlah RM10, 000 seorang.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata usaha Mara membantu bumiputera bukan sesuatu yang baharu dan sejak 52 tahun ditubuhkan, institusi itu telah membantu melahirkan 242, 254 usahawan dengan dana sebanyak RM7.9 bilion.

Beliau berkata keadaan itu tentunya telah memberi manfaat ekonomi yang besar kepada kaum lain, khususnya yang kerap membangkitkan isu tersebut kerana 90 peratus pembekal adalah dalam kalangan bukan bumiputera.


“Sebab itu, saya rasa isu ini sengaja ditimbulkan pihak berkepentingan dengan secara sedar mengecilkan skop, objektif dan rantaian ekonomi yang dibawa melalui skim yang diperhebat kerajaan kepada usahawan bumiputera,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya Ismail Sabri mengingatkan usahawan bumiputera supaya tidak mengambil mudah terhadap kemudahan yang dinikmati kerana keadaan itu tidak mungkin kekal jika negara diperintah oleh parti selain Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata kerajaan hari ini menyediakan semua kemudahan itu kerana BN yang ditunjangi UMNO mempunyai perlembagaan yang jelas mengenai membela kaum bumiputera tanpa meminggirkan kaum lain.

Sebab itu jangan sesekali membuat pilihan yang salah pada 9 Mei depan dengan menganggap kerajaan lain akan meneruskan apa yang ditawarkan kerajaan BN, katanya yang merujuk tarikh pengundian PRU14. – BERNAMA

Kategori