Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Blogger Alam Sekitar Vietnam...

HANOI - Sebuah mahkamah di Vietnam tengah, hari ini, menjatuhkan hukuman 14 tahun...

Seram.. Video Didakwa Rakam...

SEORANG netizen di laman Twitter baru-baru ini berkongsikan sebuah video yang mana didakwa...

Perintah Berkurung ESSZone Dilanjut...

KOTA KINABALU – Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat...

Gencatan Senjata Kemanusiaan Di...

RIYADH - Gencatan senjata dikuatkuasakan di Yaman bermula malam tadi selepas serangan udara...

Madonna Gagal Halang Seluar Dalamnya Dilelong

PENYANYI terkenal, Madonna semalam gagal dalam usahanya menghalang lelongan barangan peribadi miliknya termasuk surat putus cinta daripada legenda Rap, Tupac Shakur dan seluar dalam yang dipos kepada kekasihnya.

Mahkamah memutuskan penyanyi yang popular dengan lagu Material Girl itu tidak mempunyai asas kukuh untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Darlene Lutz, seorang penjual seni dan bekas rakan yang membantu Madonna membina satu koleksi peribadi sebelum mereka bergaduh.

Lutz menjadi sumber utama terhadap 22 barangan termasuk surat cinta, kaset dan berus rambut yang mahu dilelong oleh syarikat lelongan Gotta Have Rock and Roll sebelum mahkamah mengeluarkan satu injuksi pada Julai tahun lalu.

Madonna mahu lelongan itu dibatalkan dengan alasan ia mencabuli hak peribadinya.

Bagaimanapun, Hakim Gerald Lebovits dalam penghakimannya bersetuju dengan peguam Lutz bahawa pertikaian kedua-dua mereka sudah diselesaikan dalam satu perjanjian undang-undang pada 2004.

Lebovits juga mempersoalkan mengapa Madonna menyasarkan Lutz dan bukannya pembantunya yang didakwa penyanyi itu menyerahkan barangan berkenaan kepada penjual seni itu.

Antara barangan yang bakal dilelongkan termasuklah satu surat daripada Tupac pada 1995 sebelum penyanyi rap berkenaan mati ditembak setahun selepas itu.


Madonna hanya baru-baru ini mendedahkan hubungan rahsianya dengan Tupac itu.

Dalam suratnya kepada Madonna, Tupac berkata, imejnya akan terjejas sekiranya dia menjalinkan hubungan dengan wanita kulit putih.

Peguam Lutz turut memberitahu, lelongan itu turut termasuk sehelai seluar dalam yang diposkan Madonna kepada seorang kekasihnya. – AFP/myMetro Online

Kategori