Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

55 Warga Indonesia Mangsa...

JAKARTA – Kementerian Luar Indonesia memaklumkan 55 rakyat negara itu yang menjadi mangsa...

Serang Masjid: 3 Pemimpin...

NEW DELHI - Tiga pemimpin kanan Parti Bharatiya Janata (BJP) didakwa pada Selasa...

UMNO: Kepimpinan, Anggota Perlu...

REMBAU - Kepimpinan dan anggota UMNO perlu menerima dengan hati terbuka sekiranya calon...

Pekerja Kilang Maut, Kereta...

KOTA TINGGI - Seorang pekerja kilang maut selepas kereta yang dipandunya dilanggar sebuah...

Mah Nafi Beri Duit Kepada Pengundi Teluk Intan

TELUK INTAN – Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong yang menyandang kerusi Parlimen Teluk Intan hari ini menyelar perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang membuat berita palsu kononnya beliau akan memberi duit kepada pengundi di Pusat Khidmat Parlimen itu.

Sambil menafikan berita tersebut, Mah berkata perbuatan berkenaan dilakukan dengan tujuan mengelirukan pengundi selain membangkitkan rasa marah orang ramai terhadap beliau.

“Tindakan pihak tertentu menyebarkan (berita palsu) di laman sosial Facebook menyebabkan ramai yang datang ke pusat khidmat sejak semalam kononnya saya beri duit kepada pengundi.

“Ini adalah satu tindakan yang sangat kotor serta berniat jahat dan cuba menghasut orang ramai supaya mereka marah kepada saya sedangkan saya tidak pernah berbuat demikian (menyatakan untuk memberi duit),” katanya.

Mah yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi ditemui pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek Jambatan Sungai Ayer Kuning di Jalan Changkat Jong, di sini hari ini.


Mah juga menyifatkan penyebaran berita palsu tersebut sebagai taktik untuk mensabotaj serta mencemar imejnya selaku penyandang kerusi parlimen itu menjelang pilihan raya umum ke-14.

“Saya khuatir lepas ini mungkin lebih banyak taktik kotor dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mencemarkan imej dan prestasi saya sebagai anggota parlimen,” katanya yang meminta pengundi di kawasan berkenaan lebih berhati-hati dengan berita sedemikian. – BERNAMA

Kategori