Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Yan Yee Iringi Pandelela...

KUALA LUMPUR - Selepas Pandelela Rinong Pamg, seorang lagi penerjun negara berjaya melayakkan...

FFM26 Ditangguh, Beri Penghormatan...

FESTIVAL Filem Malaysia 26 (FFM26) yang sepatutnya dilangsungkan pada 20 September nanti,...

Haram Tipu Pengundi Dengan...

HAMPIR sebulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah negara, pelbagai isu yang timbul terutama...

Pemain Perak Tagih Aksi...

IPOH - Pengurus Perak, Ahmad Shahrul Azhar Sofian menuntut setiap pemain The Bos...

MAHA 2018 Iktiraf Wanita Dalam Sektor Pertanian

KEMAMAN – Langkah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengutamakan golongan wanita sempena Program Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018), menunjukkan kementerian itu serius dalam memperkasakan wanita yang banyak menyumbang kepada sektor pertanian di negara ini.

Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita, Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata golongan wanita tidak dinafikan nadi utama dan golongan sasar dalam menjana pendapatan negara dalam sektor pertanian.

“Ia umpama impian menjadi nyata apabila kementerian meraikan golongan wanita dalam program yang begitu besar selaras dengan Tahun Memperkasa Wanita yang diumumkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak).

Langkah bijak itu juga menunjukkan Kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang sentiasa mengiktiraf peranan wanita dan tidak akan mengetepikan wanita terutama dalam sektor pertanian yang kini menjadi sumber kekayaan baharu negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program ROAD TO MAHA 2018 ‘Segalanya Wanita’ Zon Timur di Pantai Kuala Kertih, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Anggota Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Bahagian UMNO Kemaman merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri Kijal, Datuk Seri Ahmad Said.


Karnival tiga hari bermula 5 April hingga esok menghimpunkan 500 usahawan wanita dengan lebih 100 aktiviti dengan kehadiran kira-kira 30,000 orang pengunjung.

Sementara itu Ahmad Shabery dalam satu kenyataan berkata MAHA 2018 menyasarkan 50 peratus penglibatan golongan wanita dengan sasaran jualan sebanyak RM500 juta.

Lebih 3.5 juta pengunjung dijangka hadir pada program dwitahunan itu dengan 30 peratus penglibatan daripada golongan belia.

Untuk rekod, MAHA 2016 telah dikunjungi seramai 3.7 juta pengunjung dengan perjanjian jualan kira-kira RM400 juta. – BERNAMA

Kategori