Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

HSNZ Sasar Peningkatan 10%...

KUALA TERENGGANU - Unit Transfusi Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menyasarkan peningkatan...

Kira-Kira 510 Gelandangan Diberi...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 510 gelandangan diselamat dan ditempatkan di dua pusat transit dan...

1MDB: Hakim Tarik Diri...

KUALA LUMPUR - Permohonan kerajaan untuk melucut hak terhadap harta yang disita daripada...

Infografik Palsu Fitnah Ketua...

GEORGETOWN - Satu laporan polis dibuat terhadap infografik yang didakwa mengandungi kenyataan berbaur...

Mahathir Salah Tun Hussein, Tunku Abdul Rahman?

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa beliau hanya mewarisi sistem dan pendekatan ke atas Sabah dan Sarawak yang dicipta oleh dua Perdana Menteri terdahulu sebelum beliau.

Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun mendakwa hanya sedar sistem dan pendekatan Kerajaan Persekutuan ke atas Sabah dan Sarawak tidak mengikut perjanjian selepas menyertai pembangkang tahun lalu.

“Saya jadi Perdana Menteri bermula tahun 1981 dan mewarisi sistem dan pendekatan yang dicipta Perdana Menteri sebelum saya Tun Hussein Onn dan Tunku Abdul Rahman.

“Saya cuma meneruskan cara-cara perhubungan Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Sabah dan Sarawak. Sekarang saya sedar ia tidak menepati perjanjian pada tahun 1963,” dakwanya dalam satu ucapan yang disiarkan di Facebook hari ini.

Tunku Abdul Rahman dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan dan juga Bapa Malaysia, manakala Tun Hussein Onn dikenali sebagai Bapa Perpaduan Malaysia.

Mahathir seterusnya berkata, pada tahun 1963 sebenarnya adalah perjanjian antara Kerajaan Pusat dengan Sabah, Sarawak dan Singapura.

Menurut beliau, perjanjian dengan Singapura dibatalkan dan Kerajaan Persekutuan meneruskan perjanjian dengan Sabah dan Sarawak.

“Ada tiga entiti, tetapi bila kita laksanakan perjanjian kita letakkan Sabah dan Sarawak salah satu daripada 13 negeri di Malaysia. Ini berlainan daripada perjanjian.


“Sepatutnya anggap Kerajaan Pusat, Sabah dan Sarawak, ketiga-tiga ini sebagai wilayah yang telah mengadakan perjanjian,” dakwanya.

Justeru, katanya, Pakatan Harapan berpendapat Kerajaan Pusat, Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak harus kembali kepada perjanjian 1963.

Mahathir seterusnya mendakwa beliau tidak pernah mengatakan rakyat Sabah dan Sarawak pemalas, sebaliknya akhbar Utusan Malaysia yang membuat dakwaan tersebut.

Utusan yang anggap orang Sabah dan Sarawak malas. Bukan Pakatan Harapan,” dakwanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori