Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sistem Pemberian BR1M Perlu...

PADANG RENGAS - Sistem pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) perlu dikaji semula bagi...

Najib Ucap Tahniah Chong...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadiri majlis Ulang Tahun...

Remaja Gila Bayang Redah...

CHINA – Demi cintanya kepada seorang gadis yang hanya dikenali melalui internet, seorang...

Dua Wanita Maut, Kenderaan...

BETONG: Dua wanita maut selepas kenderaan pacuan empat roda mereka terjatuh ke dalam...

Mahathir Tak Mengaku Sebagai Pemilik The Loaf?

NAMA bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan francais kedai roti The Loaf sememangnya sinonim sejak sekian lama.

Selama ini juga kita semua mengetahui bahawa pemimpin berusia 94 tahun itu merupakan pemilik kedai roti berkenaan.

Malah tujuh tahun lalu dalam Kongres Industri Kecil dan Sederhana (SME), yang diadakan di Shah Alam, Mahathir ada berkongsikan rahsia kejayaannya mengendalikan perniagaan kedai roti itu.

Menurut Mahathir, beliau mengendalikan The Loaf selepas melepaskan jawatan dalam pentadbiran negara pada 2003.

Perkara berkenaan masih ‘segar’ di dalam simpanan arkib yang dipetik sebuah portal berita tempatan.

Namun selepas syarikat roti premium untuk mengumumkan penutupan di kesemua 12 cawangannya baru-baru ini, Mahathir secara tiba-tiba menafikan yang beliau merupakan pemilik francais bakeri berkenaan.

Tidak setakat itu, Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan menafikan konon tiada sebarang saham dalam syarikat berkenaan.

Mungkin beliau sudah terlupa, tetapi semua dokumen yang membuktikan pemilikan Mahathir ada difailkan di dalam rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Rekod SSM yang dikeluarkan itu menunjukkan bekas Perdana Menteri memiliki 10.062 juta saham dalam syarikat M&M Consolidated Resources yang merupakan pemilik The Loaf dan beliau juga adalah pengarah syarikat itu.


Nama Mahathir telah disenaraikan sebagai salah seorang daripada pengarah syarikat yang berkuat kuasa sejak 8 Februari 2005. Malah isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali juga turut disenarikan sebagai pengarah.

Walau pun ia sudah jelas terbukti, Mahathir nampaknya masih lagi mahu menafikan memiliki saham dalam kedai roti The Loaf.

Turut menjadi perbualan ialah Mahathir mendakwa beliau hanya memiliki 200 unit saham dalam sebuah syarikat tembakau dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Padahal, media melaporkan beliau mempunyai saham dalam hotel bertaraf lima bintang, Palace of Golden Horses dan merupakan pemilik dua buah syarikat aviasi, iaitu Eurola Sdn. Bhd. dan syarikat Evektor.

Logiknya, jika Mahathir bukan pemilik The Loaf, mengapa beliau pula yang seakan ‘terpaksa’ menutupnya? Adakah beliau seakan dipaksa menutupnya atau perlu menanggung segala kerugian syarikat itu?

Paling penting, kenapa sehingga sanggup berbohong tentang isu pemilikan kepada rakyat, apakah Mahathir malu untuk mengaku kerana beliau tahu akan dipersoalkan kredibilitinya?

Begitu juga dengan pembohongannya tentang kepentingan dan saham yang beliau miliki. jika perkara mudah ini pun sanggup berbohong, bagaimana rakyat mahu mempercayai beliau dan pakatan pembangkang?

Mahathir mungkin masih dengan dunianya padahal di era teknologi maklumat ini, kita boleh mendapatkan semula bukti-bukti yang diperlukan.

Berbohong bukan caranya, malah ianya akan menimbulkan pelbagai persepsi daripada masyarakat. – MYNEWSHUB.CC

Kategori