Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Luahan Mengejutkan Pesakit Kanser...

SAYU apabila membaca luahan hati seorang pesakit di Institut Kanser Negara, Putrajaya yang didakwa...

Akta Semakan Hukuman Mati,...

PUTRAJAYA : Sebanyak 1,020 banduan yang dikenakan hukuman mati mandatori dan hukuman penjara...

Mana Baik? Nak Minum...

AIR adalah unsur yang sangat penting dalam tubuh manusia kerana 70 peratus tubuh...

Perlu Tidur Cukup Untuk...

KUALA LUMPUR - Nyaris maut akibat terlelap ketika memandu menjadikan Khairul Nizam Ahmad...

MAHB Naik Taraf Sistem Bagasi, Aerotrain

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sedang melakukan kerja menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan klia2 bagi mengatasi masalah sistem pengendalian bagasi di lapangan terbang berkenaan, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata perancangan menaik taraf yang dijangka selesai dalam tempoh lima tahun itu turut akan melibatkan program penggantian ‘aerotrain’ dengan menggunakan teknologi terkini.

“MAHB menjangkakan faktor utama yang menyebabkan penurunan kedudukan KLIA disebabkan perkhidmatan aerotrain dan sistem kendalian bagasi yang sering terganggu.

“Fasiliti ini agak lama sejajar dengan usia 20 tahun KLIA. MAHB sedang mengambil langkah antaranya menaik taraf dan mengubah suai serta mengoptimumkan bangunan terminal sedia ada demi meningkatkan tahap kecekapan dan meninggikan tahap kepuasan penumpang,” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Hanafi Mamat mengenai faktor yang menyebabkan ‘ranking’ keseluruhan KLIA menurun tahun demi tahun dalam senarai lapangan terbang antarabangsa dunia.

Ab Aziz berkata peruntukan bagi kerja menaik taraf sistem pengurusan bagasi adalah RM250 juta dan RM300 juta bagi sistem perkhidmatan aerotrain.


Beliau berkata kerajaan juga sedang membuat permohonan kepada Jabatan Imigresen bagi kebenaran penggunaan perkhidmatan pekerja asing untuk mengatasi masalah kekurangan pekerja di KLIA.

Katanya ia berikutan rakyat tempatan dilihat tidak berminat melakukan kerja tertentu di lapangan terbang.

“Pihak Imigresen menetapkan syarat 80 peratus pekerja tempatan dan 20 peratus pekerja asing. Kita kekurangan pekerja kerana pekerja tempatan tidak berminat bekerja di lapangan terbang yang melibatkan tugas 3D – dirty, dangerous, difficult, ” jelasnya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MAHB

Kategori