Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Rakyat Malaysia Jalani Hukuman...

SINGAPURA : Rakyat Malaysia, Kalwant Singh, yang dikenakan hukuman gantung menjalani hukumannya awal...

Solat Raya #SyawalBulanKemenangan

1 SYAWAL yang menakjubkan di seluruh jagat raya. Solat Aidil Fitri satukan umat...

COVID-19: Pakar Yakin Tiada...

KUALA LUMPUR: Meskipun kes harian COVID-19 mencatatkan peningkatan mendadak dan kembali mencecah 10,000...

Keyakinan Diri Individu Penting...

KUALA KANGSAR - Asas keyakinan diri merupakan komponen terpenting dalam memastikan seseorang individu...

Mahfuz Ancam Saman Ahli PAS RM500,000

ANCAM… Calon kerusi Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mahu menyaman pemilik akaun Facebook Herman Samsudeen sebanyak RM500,000 kerana didakwa memfitnah beliau.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan segera menyaman pemilik akaun Facebook itu sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

“Ini merupakan fitnah yang sengaja dilemparkan kepada saya bagi menjatuhkan kredibiliti, mencacatkan dan mencemarkan nama baik serta reputasi saya ketika PRU ke-14 semakin hampir.

“Herman Samsudeen tidak perlu berselindung di sebalik ‘tanda soal’. Saya sudah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang. Tunggu saman RM500,000.

“Jangan hanya kerana seronok menabur cerita, kelak menyusahkan diri terpaksa bergolok bergadai cari RM500,000,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mahfuz berkata, pemilik akaun Facebook tersebut mendakwa dan menuduh beliau menerima tajaan daripada pimpinan UMNO sebanyak RM60,000 dalam kempen PRU pada 2008 dan 2013 lepas.


Kata beliau, Herman Samsudeen juga menulis majlis perkahwinan anak perempuannya pada tahun 2016 ditaja oleh pemimpin UMNO sebanyak RM40,000.

“Saya tahu dan kenal siapa Herman Samsudeen ini. Dia bekerja di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kuala Lumpur. Dalam PAS beliau adalah Ketua Psywar PAS Wilayah Persekutuan.

“Dia juga pernah memimpin Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan,” kata Mahfuz yang keluar daripada PAS pada akhir tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori