Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

PRN: PAS Kelantan Pertahan...

PAS dan Bersatu Kelantan dilapor sudah memuktamadkan persefahaman antara mereka berhubung pembahagian kerusi...

Makin Ramai Mohon Jadi...

KUALA LUMPUR – Perkembangan positif permohonan keahlian UMNO yang meningkat setiap bulan dengan...

Banjir Kilat Di Bandar...

BANDAR BAHARU - Keadaan banjir kilat yang melanda Bandar Baharu sejak awal bulan...

Spender Bini – SS...

Kelmarin, bekas penyanyi nasyid Suhaimi Saad ada berkongsikan gambar seluar dalam yang dijual...

Mahkamah Lebih Utama Mahkamah Media Sosial

MASYARAKAT perlu buka mata bahawa keputusan mahkamah sebenar adalah lebih utama daripada ‘mahkamah media sosial’ susulan kes Mahkamah Pengadilan Negeri Jakarta Selatan memutuskan tindakan penyitaan terhadap kapal layar Equanimity di Bali, adalah tidak sah.

Beberapa penganalisis berpendapat orang ramai tidak sepatutnya menjatuhkan hukuman terhadap seseorang hanya berdasarkan kepada maklumat yang diuar-uarkan media sosial kerana tidak semua maklumat tersebar itu betul dan tepat.

Mereka menyifatkan ada maklumat tersebut belum dipastikan kesahihannya dan sekadar berdasarkan ‘cakap-cakap’ sahaja dan dakwaan pembangkang.

Susulan keputusan mahkamah pada 17 April itu, Hakim Mahkamah tersebut, Ratmoho mengarahkan polis Indonesia menyerahkan kembali kapal layar itu kepada pemiliknya, Equanimity (Cayman) Ltd Islands, yang memfailkan permohonan supaya kapal layar itu dikembalikan.

Kapal layar yang dikaitkan dengan hartawan kontroversi, Jho Low itu dirampas pada 28 Februari lepas dan menjadi sasaran penyebar berita dan maklumat tidak benar termasuk kononnya ada sejumlah besar wang ditemui di dalam kapal layar itu.

Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara, Prof Madya Datuk Dr Ismail Sualman meminta rakyat supaya membuka mata terhadap permainan pembangkang yang sengaja mensensasikan kes itu supaya rakyat terpengaruh.

“Rakyat sepatutnya cakna terhadap kes ini. Dengan bukti mengatakan tidak ada kes terhadap kapal layar itu, jelas menunjukkan selama ini apa yang didakwa, apa yang kononnya dijaja pihak pembangkang adalah sengaja menjatuhkan maruah.

“Tidak ada fakta pun di situ dan rakyat perlu membuka mata inilah warna sebenar pembangkang, hendak menjatuhkan pemimpin dan kerajaan dengan cara yang saya rasa terlalu jelek,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sehubungan itu, Ismail berkata Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang telah dikuatkuasakan mungkin boleh digunakan sekiranya pihak tersebut masih berterusan mengaitkan kapal layar itu dengan 1MDB.

“Ini kerana tidak ada fakta dalam mana-mana judiciary atau penghakiman mengatakan bahawa wang 1MDB digunakan untuk membeli kapal layar itu,” katanya.

Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara awal bulan ini, digazetkan pada 11 April antara lain tidak akan berkompromi dengan penyebaran berita yang memudaratkan ketenteraman awam atau keselamatan negara.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini berkata akta itu berpaksikan kepentingan rakyat bertujuan melindungi orang awam daripada penyebaran berita tidak benar selain ia berunsur pencegahan bahawa setiap individu hendaklah bertanggungjawab terhadap perkongsian maklumat yang benar dan sahih.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata pelbagai pihak termasuk pembangkang dan orang awam tidak seharusnya menuduh tanpa bukti dan perlu menghormati prinsip kedaulatan undang-undang.

Beliau turut menyifatkan tindakan pembangkang yang mensensasikan isu penyitaan kapal layar tersebut sebelum mahkamah membuat keputusan, sebagai tindakan terburu-buru untuk dijadikan modal politik bagi menyerang kerajaan.

“Mereka sepatutnya berasa malu (dengan keputusan mahkamah). Saya jangkakan untuk menutup malu atas kesilapan ini, mereka akan menuduh mahkamah Indonesia kononnya pula sudah menerima dedak bagi melepaskan Equanimity,” kata beliau.

Bagi Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman, isu itu tidak sepatutnya digembar-gemburkan untuk kepentingan politik sesetengah pihak.

“Memang tidak boleh kita terjah dengan anggapan apabila sesuatu perkara berlaku, terutama apabila perkara itu di bawah kes mahkamah. Jadi, kita tunggulah keputusan mahkamah dalam apa sekali yang berlaku.

“Kalau tidak, kita mendahului keputusan mahkamah yang kadangkala ia (anggapan) tidak tepat,” katanya . – BERNAMA

Kategori