Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Ini Dia.. 10 Selebriti...

TOPIK ini memang agak sensitif untuk dibincangkan di negara kita, tetapi berlainan dengan...

UNESCO: Wartakan Silat Warisan...

KOTA TINGGI - Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia (DSSM) mahu UNESCO menjadikan...

Syafie Fokus Kerjaya, Rancang...

BINTANG remaja yang meningkat naik menerusi filem Mukhsin iaitu Syafie Naswip menyatakan hasrat...

Hasrat Peniaga Jemput Isteri...

BESUT - Hasrat seorang peniaga untuk menjemput isterinya di Kota Baharu, Kelantan tidak...

MAIPs Pemegang Amanah Tunggal Harta Pusaka

KANGAR – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) adalah pemegang amanah tunggal untuk harta wakaf, nazar dan amanah di Perlis.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah selaku agensi yang diamanahkan, MAIPs menyediakan Panduan Tebus Pusaka Tanah Baitulmal untuk memberi kefahaman mudah bagi membantu masyarakat yang berhasrat menebusnya.

“Dalam hubungan ini MAIPs turut menawarkan perkhidmatan tebus harta pusaka oleh anggota keluarga yang tiada waris,” titah baginda yang berkenan melancarkan panduan tersebut di Masjid Darul Salam, Padang Keria, Simpang Empat petang semalam.

Baginda menasihatkan orang ramai supaya menghubungi Bahagian Pembangunan Wakaf, Hartanah dan Mal MAIPs pada talian 04-9794439 atau melayari laman sesawang, www.maips.gov.my bagi maklumat lanjut.

Bersempena majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin menyertai program Kayuhan MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf kali ke-31 bagi tahun ini serta menyampaikan sumbangan kepada 120 asnaf terpilih. – BERNAMA

Kategori