Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pemimpin Turun Padang Semasa...

SUNGAI BESAR - Menjadi amalan yang biasa bagi pemimpin dari kedua-dua parti Barisan...

IS Lancar Serangan Terbaharu...

MURSITPINAR (Turki) - Kumpulan Negara Islam (IS) melancarkan serangan terbaharu ke atas bandar...

Pengulas Ini Kesal Azan...

SETAHUN lalu, dunia Islam gempar apabila sebuah kelab malam di Tunisia diarah tutup...

Didakwa Tampar Anggota Polis,...

PELAKON dan pengarah bergelar Datuk, Farid Kamil ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota...

Malaysia Deaf Tigers Intai Kelayakan Kejohanan Dunia

KUALA LUMPUR – Bagi melayakkan beraksi di Kejohanan Bola Sepak Dunia Orang Pekak 2019, Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) bakal menyertai Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Asia Pasifik Keempat di Changwon, Korea Selatan dari 23 April hingga 6 Mei ini.

Setiausaha Agung MSDeaf, Ong Shin Ruenn berkata pasukan itu yang dikenali sebagai Malaysia Deaf Tigers (MDT), dianggotai 23 pemain dan pegawai MSDeaf, dengan objektif utamanya bagi mendapatkan pendedahan untuk bersaing dengan pasukan daripada negara-negara Asia.

ā€œSelain dapat meningkatkan kecergasan fizikal serta melatih teknik dan taktik kemahiran pemain, kejohanan ini juga dapat membantu pemain menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk,ā€ katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata untuk layak beraksi pada Kejohanan Dunia 2019 di Seoul, Korea Selatan, skuad negara perlu menamatkan saingan di kedudukan empat teratas.

Untuk rekod, pada kejohanan Asia Pasifik 2015, Malaysia Deaf Tigers menduduki tempat kelima, sekali gus gagal layak ke temasya Deaflympics 2017.

Mengulas lanjut, Ong berkata kejohanan di Changwon juga dapat membantu pemain skuad kendalian Manachai Sitthisarn itu untuk mengeratkan hubungan silaturahim, baik di dalam dan luar padang.


Sebagai persediaan ke Changwon, skuad Malaysia Deaf Tigers mengharungi lima aksi persahabatan dengan kemenangan 6-2 ke atas Teluk Ketapang FC, menang 2-1 masing-masing ke atas Banggol Persdong FC dan Persatuan Bola Sepak Melayu Terengganu/Lanjerket FC, terikat 1-1 menentang Jeram FC dan kalah 0-3 kepada KLFA Bawah-19.

Pasukan itu seterusnya akan berdepan pasukan B-19 Terengganu di Kompleks Gong Badak, Terengganu dalam masa terdekat. – BERNAMA

Kategori