Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

DJ Disko Biadab Adun...

TUNIS - Sebuah kelab malam di Tunisia diarah tutup setelah tular satu rakaman...

Padah Ancam Bogel Di...

LEWAT petang Jumaat, di sebalik amaran keras pihak polis agar rakyat tidak mempercayai...

Kokain: Mahkamah Kekal Hukuman...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap seorang...

Asyraf Wajdi, Kui Hian...

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi...

Manifesto BN: Buka Peluang Wanita Tingkatkan Ekonomi

KANGAR – Perancangan dirangka Barisan Nasional (BN) untuk memperkasakan wanita yang disifatkan sebagai ‘ratu hati negaraku’, bukan sahaja mengangkat martabat kaum ibu, malah membuka peluang untuk mereka bergiat lebih aktif dalam meningkatkan ekonomi keluarga dan negara.

Naib Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perlis, Datin Fadzilah Abu Bakar berkata setiap inisiatif khusus untuk ibu dan wanita yang terkandung dalam manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-14, disifatkan sebagai satu sistem sokongan terbaik yang ditawarkan untuk melonjakkan kemampuan kaum itu.

Katanya, sebagai usahawan misalnya, penubuhan Majlis Ekonomi Wanita (MEW) yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri, adalah satu langkah tepat dalam memastikan setiap dasar atau dana yang diperuntukkan sampai kepada golongan sasaran.

“Kami juga berharap agensi pelaksana yang akan dilantik kelak, dapat menjalankan tanggungjawab dengan cekap dan amanah bagi menterjemahkan hasrat murni ini.

“Manifesto ini juga kami anggap sebagai satu perancangan yang sangat baik dan perlu disokong penuh terutama oleh kaum wanita kerana inisiatif ini mampu membantu wanita membina karier dengan lebih sempurna dan mencapai tahap tertinggi dalam profesion mereka,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Dalam pada itu, seorang surirumah, Hanis Kamis, 35, pula berkata sememangnya wajar tumpuan diberikan kepada kaum ibu terutama yang terlibat dalam bidang perniagaan, kerana mereka turut menyumbang kepada kekukuhan ekonomi keluarga walaupun berniaga dalam skala yang kecil.


“Ibu-ibu yang menyara keluarga melalui perniagaan kecil-kecilan sangat ramai pada masa ini, seeloknya mereka ini dibantu untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam mengembangkan perniagaan masing-masing,” katanya.

Sementara itu, penjawat awam, Rozila Romali, 36, berkata antara inisiatif dalam manifesto BN yang menarik perhatiannya, adalah mengenai penyediaan kaunter perkhidmatan khas untuk wanita di semua Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC), yang jelas menunjukkan keprihatinan terhadap kaum ibu.

“Saya memang sangat berharap agar penyediaan kaunter khusus untuk wanita dapat dilaksanakan kerana memang ini yang saya inginkan sejak dulu dan saya juga harap inisiatif ini dapat diperluaskan ke jabatan dan agensi yang lain.

“Sebagai wanita, keistimewaan ini memudahkan kami untuk berurusan dengan lebih fleksibel, tambahan pula jika membawa anak kecil, memang sukar untuk kami menunggu lama bagi menyelesaikan sesuatu urusan,” katanya. – BERNAMA

Kategori