Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Selepas 20 Tahun Sheila...

KONSERT ulang tahun ke-20 band popular dari Indonesia, Sheila On 7 (So7) berlangsung...

Malaysia Jadi Pilihan Utama...

KUALA LUMPUR - Tujuh puluh lapan peratus daripada pelajar antarabangsa yang menuntut di...

Sarawak: Jumlah Mangsa Banjir...

KUCHING - Jumlah mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan di bahagian Kuching, Serian dan...

Malindo Air Tawar Promosi...

KUALA LUMPUR - Malindo Air menawarkan promosi dua juta tempat duduk bagi kelas...

Manifesto BN Mendahulukan Rakyat – Fadillah

KUCHING – Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) menyentuh keperluan semua di setiap negeri cukup padat dan amat berkesinambungan dengan pendekatan pucuk kepimpinan yang sentiasa mendahulukan rakyat serta mengutamakan pencapaian.

Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof juga menyifatkan manifesto tersebut terhebat dalam sejarah BN bersifat inklusif dan komprehensif, mencakupi serta memperkasakan setiap peringkat masyarakat, serta mengambilkira keperluan dan aspirasi rakyat secara menyeluruh.

Katanya bukan sahaja kebajikan dan kesejahteraan penjawat awam dan swasta terus diperkasakan, golongan pesara turut mendapat manfaat secara langsung, begitu juga kalangan pelajar, belia dan wanita.

“Bagi rakyat Sarawak dan Sabah, tentunya perkara yang menyentuh mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang mana hak-hak kedua-dua negeri akan direalisasikan secara konsensus adalah berita baik yang sememangnya ditunggu-tunggu.

“Selain itu banyak lagi perkara yang dimasukkan dalam manifesto BN ke arah menperkasakan pembangunan di kedua-dua negeri berkenaan terutamanya di kawasan luar bandar supaya seiring dengan negeri-negeri di Semenanjung,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Fadillah yang juga penyandang kerusi Parlimen Petra Jaya berkata amat jelas manifesto BN sememangnya hebat, merangkumi semua perkara dan setiap lapisan masyarakat , dengan agenda utama ke arah pemerkasaan rakyat dan negara

“Justeru, demi kesinambungan dan pembangunan berterusan, saya berharap agar sokongan dan mandat diberikan semula kepada BN pada PRU14 ini kelak,” katanya. – BERNAMA

Kategori