Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kedah Catat Peningkatan 10.1%...

ALOR SETAR - Kedah mencatat peningkatan 10.1 peratus kes demam denggi atau 87...

Kadar Rt Di Kelantan...

PUTRAJAYA - Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 di Kelantan adalah 1.43 melepasi Rt negara,...

‘Ada Kesan Air Mani...

Muar : Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang kontraktor membela diri...

Krisis Air Selangor: Loji...

BONGKAR.... Masalah serius gangguan bekalan air membabitkan 498 kawasan sekitar Lembah Klang sejak...

Manifesto BN Paling Komprehensif – Hamzah

KUALA LUMPUR – Manifesto Barisan Nasional (BN) yang diumumkan semalam, adalah yang paling komprehensif kerana bukan sekadar mempertimbangkan dari sudut pengundi tetapi merangkumi semua sektor yang terdapat di negara ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, manifesto itu direncanakan dengan mengambil kira aspek ekonomi serta sosial meliputi setiap kaum.

“Kita berjanji dan lakukan yang terbaik, kalau janji dulu tercapai, kali ini insya-Allah manifesto diperhebatkan lagi dan pastinya BN akan mempertahankannya demi masa depan rakyat juga negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat 2018 di sini hari ini.

Menurutnya, jika rakyat membaca serta menghayati manifesto itu pastinya rakyat akan menolak manifesto pembangkang yang dilihat sekadar syok sendiri.

Pengumuman pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) misalnya, Hamzah berkata ternyata ia diterima baik dan jelas dilaksanakan secara berhemah kerana pemberiannya dilakukan mengikut kemampuan.

“BR1M dibuat secara berhemah, kalau pendapatan negara tinggi kita akan bagi tinggi, jika tidak pemberiannya seperti biasa… aspek kemampuan diambil kira, kalau tidak mampu BN tidak akan janji untuk memberikannya.


“Kita bukan buat sesuatu janji dan tidak lakukan…seperti isu air di Selangor, pihak kerajaan negeri janji perkhidmatan yang baik tetapi akhirnya rakyat terpaksa sengsara kerana berdepan masalah gangguan bekalan​​,” katanya.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan jika kekal berkuasa, antara lain pemberian BR1M untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, bagi bulan Jun dan Ogos 2018 berjumlah RM400 digandakan kepada RM800, bermakna jumlah keseluruhan meningkat daripada RM1,200 kepada RM2,000.

Selain itu, manifesto BN pada kali ini turut memperuntukkan bantuan sekali beri atau ‘one-off’ sebanyak RM1,500 kepada anak-anak penerima BR1M yang berjaya mendaftar di pusat-pusat pengajian tinggi. – BERNAMA

Kategori