Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

TH Lantik Johan Sebagai...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji melantik Datuk Johan Abdullah sebagai Pengarah Urusan...

Edar Dadah: Bekas Juruteknik...

KUANTAN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati...

Jenazah Farhan Dijangka Tiba...

JOHOR BAHRU - Jenazah Allahyarham Muhammad Farhan Na'imullah Zubir, 26, yang mati lemas...

Kursus GiatMara Disesuaikan Dengan...

YAN - Kursus baharu yang ditawarkan di GiatMara di seluruh negara kini disesuaikan...

Manifesto Pembangkang Macam Pak Pandir – PM

TENTU ramai lagi masih ingat dengan janji manifesto yang pernah dibentangkan pembangkang ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008 lalu lebih popular dikenali sebagai Buku Jingga.

Ia diteruskan ketika PRU ke-13 pada 2013 lepas. Malangnya semua janji itu gagal dilaksana malah diisytihar sebagai tidak perlu ditunaikan apabila pernah dibawa ke sebuah mahkamah oleh sekumpulan pengundi yang berasa ditipu.

Justeru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mengingatkan rakyat untuk tidak terpedaya dengan janji manis pembangkang pada PRU ke-14 bulan depan sambil menyifatkan ia sebagai manifesto ‘Pak Pandir’.

Ini termasuk manifesto konon mahu menghapuskan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), memansuhkan kutipan tol lebuh raya serta pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menurut Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, tindakan politik bersifat populis tersebut hanya akan memusnahkan pertumbuhan ekonomi negara sekali gus menjejaskan kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya.

Ujar beliau, pada masa ini Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dalam keadaan kukuh dan stabil selain peningkatan pasaran modal. Begitu juga unjuran pelbagai badan ekonomi antarabangsa terhadap situasi semasa ekonomi negara.

“Dia (pembangkang) kata mahu hapus GST, apa gerenti (jaminan) harga barang akan turun sebab ia bukan dalam kawalan kerajaan dan sebaliknya diperkenalkan pula SST (cukai jualan dan perkhidmatan) yang sudah dimansuh.

“(Langkah pembangkang itu) akan tambah harga sedia ada. Ini polisi pak pandir pembangkang yang akan bawa kesan buruk kepada ekonomi dan menjejaskan kesejahteraan rakyat, pada keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia 2018 di Stadium Batu Pahat, Johor. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Tidak ketinggalan turut serta ialah Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) sendiri, Tan Sri Abdul Wahid Omar serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad.


Tambah Najib, manifesto pembangkang itu berbeza dengan manifesto BN kerana dilihat memberi manfaat selepas tiga badan penarafan asing mengulang kaji impak pertumbuhan negara sekali gus meningkatkan unjuran ekonomi.

“Apabila saya membentangkan Manifesto BN pada malan 7 April dengan 14 tunjang dilihat memberi manfaat selepas tiga badan penarafan mendapati kadar pertumbuhan naik daripada 5.4 peratus kepada 5.6 peratus.

“Badan penarafan ini langsung tidak menyebut langsung manifesto pembangkang kerana tidak ada nilai apa yang terkandung dalam manifesto,” katanya merujuk kisah dongeng rakyat Pak Pandir yang sering buat jenaka bodoh.

Sementara itu, Najib turut menjelaskan bahawa Johor akan menjadi Penaja Ekonomi Baharu di negara ini berikutan beberapa projek pemangkin yang memberi kesan limpahan amat besar kepada rakyat di seluruh negeri berkenaan.

Beliau juga berkata, keyakinan masa depan ekonomi Johor tersebut disandarkan selepas melihat sendiri kepesatan pembangunan rancak di negeri itu antaranya menerusi kejayaan pembangunan wilayah ekonomi Iskandar Malaysia.

“Juga Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia, Projek Tren Berkelajuan Tinggi (HSR), Sistem Rapid Transit (RTS) dan Desaru Coast,” kata Najib memberi contoh. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori