Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

UMNO Dakwa SPR Tidak...

UMNO hari ini mempertikaikan kewujudan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana hanya dikendalikan oleh...

Imigresen Kedah Tahan 16...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 16 warga asing dalam empat operasi...

Gempa Bumi Turkiye: Qatar...

DOHA: Kerajaan Qatar memutuskan untuk menyerahkan 10,000 kabin dan karavan yang telah digunakan...

Model Playboy Mahu Dedah...

NEW YORK - Bekas model Playboy yang mendakwa ada hubungan sulit dengan Presiden...

Martial Tolak Kontrak Baharu Manchester United

JUVENTUS sedia untuk mendapatkan Anthony Martial selepas pemain Perancis itu menolak kontrak baharu daripada Manchester United.

Martial difahamkan semakin kecewa dengan peluangnya yang semakin tipis dengan kemunculan pemain baharu, Alexis Sanchez.

Walaupun beliau telah membuat 40 penampilan dan menjaringkan 11 gol, Martial sering bergantian dengan Marcus Rashford, sedangkan mahu lebih banyak aksi dalam barisan pertama pasukan itu.

Beliau kini bersedia untuk mencari kelab baharu pada musim panas ini.

Selain Juventus, Tottenham, Atletico Madrid dan Paris Saint-Germain juga sudah lama menyimpan hasrat untuk mendapat Martial.


Pemain berusia 22 tahun itu dilihat cepat menangkis pertikaian mengenai ketidakpuasannya di Old Trafford sebelum ini.

Bagaimanapun, beliau juga sukar untuk melihat banyak perubahan dengan Romelu Lukaku dan Sanchez sering memegang peranan utama. – Mail Online UK/mStar Online

Kategori