Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Najib Ziarah Keluarga Mendiang...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi...

Buli: 13 Bekas Pelajar...

KUALA TERENGGANU - Akibat menyebabkan kecederaan terhadap tiga mangsa dalam kejadian buli pada...

PM Australia Ada Dua...

SYDNEY - Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, mendapati aib besar selepas gambar keluarga...

Hamilton Catat Masa Terpantas...

SEPANG - Penyandang juara dunia, Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes AMG Petronas mencatatkan...

Maut Selepas Pembedahan Plastik Payudara

SEORANG pesakit yang menjalani pembedahan plastik di Moscow, Rusia maut selepas melakukan pembedahan di bahagian payudara.

Menurut sumber perubatan, ibu kepada dua anak itu, Ekaterina Kiseleva, 32, disahkan meninggal dunia di klinik kerana masalah jantung.

Pakar bedah, Grigory Perekrestov, 31, yang dikenali dengan berswafoto dengan pesakitnya tanpa pakaian tidak mengulas mengenai kematian itu di klinik Triumph Palace.

Satu siasatan dijalankan berikutan aduan yang dibuat oleh ibu pesakit, Evgenia.

Ekaterina mengingkari keluarganya apabila melakukan pembedahan plastik payudara selama lima jam membabitkan kos £1,830 (RM10,001) selepas diberi jaminan bahawa ia adalah selamat.

“Anak perempuan saya sihat,” kata Evgenia.

“Tiada kemudahan resusitasi di klinik ini,” tambahnya.


Menurut Evgenia, dia diberitahu mengenai berita kematian itu selepas dua jam anak perempuannya meninggal dunia.

Seorang jurucakap mengesahkan bahawa Jawatankuasa Penyiasat Rusia menyiasat kes tersebut.

Bagaimanapun, klinik itu memberitahu bahawa prosedur telah dijalankan dengan “betul”.

Mangsa merupakan ibu tunggal kepada dua anak, seorang anak lelaki, 12, dan seorang anak perempuan, 10. – Mirror UK/mStar Online

*Video sekadar hiasan…

Kategori