Saturday, January 11, 2025

Creating liberating content

Mah Nafi Beri Duit...

TELUK INTAN - Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong yang menyandang kerusi...

Rayuan Liwat: Nasib Anwar...

MELEWATI dua bulan tanpa perkembangan setelah tamat prosiding hujahan pada 4 November 2014, akhirnya...

100,000 Rakyat Malaysia Hidap...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 100,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit kanser setiap tahun dan...

Cikgu Meera Disunting Jayy...

KUALA LUMPUR - Selepas Khai Bahar dan Wany Hasrita berjaya dicungkil sebagai penyanyi...

Mayat Mangsa Lemas Di Sungai Lembing Ditemukan

KUANTAN – Mayat dua mangsa yang dikhuatiri lemas selepas mandi di kawasan perkelahan Pasir Kubur, Kuala Kenau, Sungai Lembing pada Ahad ditemukan pagi ini selepas dua hari operasi mencari dan menyelamat dilakukan.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Pahang Ashrul Riezal Asbar berkata mayat Mohammad Ikhbal Abu Bakar Chandran, 24 tahun, ditemukan pada 7.45 pagi tadi iaitu 500 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

“Mangsa kedua Dola Kamaruddin, 32 tahun dijumpai tersangkut pada kayu dalam dasar sungai, 300 meter dari tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ashrul Riezal berkata operasi pada hari pertama dan kedua berdepan dengan kesukaran berikutan keadaan air sungai terlalu deras kerana hujan di muara sungai.

Pada masa yang sama, katanya air di Empangan Chereh juga dilepaskan menyebabkan aktiviti selaman dan penggunaan bot untuk mencari mayat mangsa perlu dilakukan berhati-hati.

Beliau berkata jarak operasi pencarian diperluaskan sehingga lima kilometer dari lokasi kejadian melibatkan tujuh bot dan 46 anggota mencari dan menyelamat terdiri daripada anggota JBPM Indera Mahkota dan Kuantan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Smart Team dan penduduk kampung.


Mayat kemudian diserahan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori