Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lufya Beri Bayangan Dipukul...

KUALA LUMPUR - Kemelut rumah tangga pelakon, Lufya Omar dengan suaminya, Dr. Che...

Batal Cadangan Lesen Pancing...

PUTRAJAYA - Pembatalan kepada cadangan Jabatan Perikanan untuk mengenakan lesen terhadap pemancing mulai...

486 Kes Varian Delta...

KUALA LUMPUR: Sebanyak 486 kes baharu membabitkan varian Delta direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

Qatar Airways Dianugerah Pesawat...

DOHA - Sempena persidangan dan pameran tahunan perdagangan industri penghantar barangan udara, Qatar...

Mayat Pertama Mangsa Lemas Dijumpai

KOTA KINABALU – Mayat seorang daripada dua mangsa lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mandi di muara Sungai Bundusan, Pengalat Besar, Papar semalam dijumpai pagi tadi.

Mangsa Petrus Lai Chui Ming,12, ditemukan pada jam 6.50 pagi oleh sekumpulan nelayan kira-kira satu km dari kawasan mereka dilaporkan lemas.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.23 petang.

“Operasi pencarian dilakukan di sepanjang persisiran pantai dan muara sungai bermula jam 6.31 petang sehingga operasi ditangguhkan pada 12.50 tengah malam tadi,” kata kenyataan itu.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan operasi mencari seorang lagi mangsa masih diteruskan. – BERNAMA


*Video sekadar hiasan…

Kategori