Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

MyTeksi Hanya Guna Teksi...

GEORGETOWN - MyTeksi, aplikasi pengangkutan darat terbesar di Asia Tenggara, mengumumkan bahawa semua...

Aswaja Minta Mufti P.Pinang...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) membidas Mufti Pulau...

Video Intim: Tiada Pemimpin...

KUALA LUMPUR - Tiada pemimpin utama parti politik akan dipanggil polis untuk membantu...

MTCC Puji Komitmen Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Majlis Persijilan Kayu Malaysia (MTCC) memuji komitmen kerajaan Sarawak dalam...

Mayat Wanita Tersangkut Dalam Longkang

PETALING JAYA – Seorang wanita dipercayai terjun dari sebuah apartmen di Bandar Sri Damansara di sini, sebelum mayatnya dijumpai tersangkut di dalam longkang di hadapan blok kediaman itu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, mangsa berusia 40-an dikatakan bertindak terjun dari tingkat atas blok terbabit untuk membunuh diri.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Alimaddia Bukri, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.52 pagi.

“Seramai enam pegawai serta anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati ada mayat seorang wanita di dalam longkang di hadapan blok kediaman terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Alimaddia berkata, berdasarkan keterangan saksi, mangsa yang juga penghuni di apartmen itu dipercayai terjun dari tingkat atas blok terbabit untuk membunuh diri.


“Mayat mangsa terjatuh ke dalam longkang berkenaan. Kami mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersangkut di dalam longkang itu.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – Berita Harian

  • Lagi berita berkaitan:
  • Mayat

Kategori