Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Kedai Dobi, Cuci Kereta...

KUALA LUMPUR - Kedai dobi dan cuci kereta antara perniagaan yang terjejas teruk...

Turki Benarkan Polis Wanita...

ISTANBUL - Turki buat kali pertama membenarkan anggota polis wanita memakai tudung sebagai...

Syarikat Pos & Kurier...

CYBERJAYA - Sektor pos dan kurier negara disasarkan mengendalikan 1.0 bilion bungkusan setahun...

Kawasan Pesisir Pantai Berisiko...

KUALA TERENGGANU - Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu akan membuat pemantauan...

MB Johor Cipta Rekod 4 Penjuru Di DUN, Parlimen

SENGIT… Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berdepan pertandingan empat penjuru masing-masing di Parlimen Pasir Gudang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas.

Media tempatan melaporkan, untuk kerusi Parlimen Pasir Gudang, beliau ditentang calon gabungan pembangkang berlogo PKR, Hassan Abdul Karim selain Ab. Aziz Abdullah (blok Gagasan Sejahtera) dan calon Bebas, Chee Jock.

Bagi kerusi DUN Permas pula, Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri ini juga ditentang calon pakatan berlogo PKR, Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh; Ab. Aziz Abdullah (Gagasan Sejahtera) dan calon Bebas, Rohani Yaacob.

Untuk rekod, Khaled, 59, yang berasal dari Muar, pernah menjadi wakil rakyat di Pasir Gudang ketika PRU ke-12 pada 2008 lepas sebelum digantikan oleh Normala Abdul Samad semasa PRU ke-13 pada 2013 lalu.

Untuk kerusi DUN Johor Jaya pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Datuk Tan Cher Puk, calon gabungan pembangkang berlambang PKR, Liow Cai Tung dan wakil blok Gagasan Sejahtera, R. Kumutha.


Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pasir Gudang, Hasrin Kamal Hashim mengumumkan semua calon yang mengemukakan kertas pencalonan bagi kerusi tersebut diterima untuk Pilihan Raya Umum Ke-14. – Agensi/HAA

Kategori