Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pergerakan Bekas Tahanan Militan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengetahui pergerakan dan memantau rapi aktiviti...

Kerap Muncul Di TV...

PELAKON Zul Ariffin menyifatkan tindakan sesetengah pelakon baharu yang gemar membolot segala tawaran...

Lelaki Buat Upacara Pengebumian...

HARARE - Seorang lelaki di Zimbabwe mengejutkan penduduk kampungnya apabila menjalankan upacara pengebumian...

Polis Cari Seorang Lelaki...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang lelaki berusia 42...

MB Negeri Sembilan Disah Menang Tanpa Bertanding

REMBAU – Penyandang DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan menang tanpa bertanding kerusi berkenaan untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Ia ekoran kegagalan calon PKR, Dr. S Streram menghantar borang penamaan calon di pusat penamaan di Dewan Sri Rembau di sini, hari ini dan kemudian bertindak mencetuskan kekecohan kecil semasa tempoh penamaan.

Difahamkan calon PKR itu tidak dibenarkan masuk kerana tiada pas calon manakala pencadang serta penyokongnya turut tidak dibenarkan masuk ke dewan itu kerana tidak mempunyai pas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tersebut.

Ia menyaksikan Mohamad, yang juga Pengerusi BN Negeri Sembilan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, mempertahankan kerusi DUN Rantau pada PRU ke-14 buat penggal keempat sejak 2004.

Kemenangan penuh bergaya tersebut diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Amino Agos Suyub sekali gus melakar sejarah kerana amat jarang berlaku sejak beberapa kali PRU pernah berlangsung.


Mohamad yang mula bertanding di kerusi tersebut dalam PRU ke-11 pada 2004, menewaskan calon PKR, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard dengan majoriti 6,199 undi.

Beliau mengekalkan rekod cemerlang dengan menewaskan calon wanita PKR, Aishah Lamsah, dua kali berturut-turut iaitu PRU ke-12 dan PRU ke-13, masing-masing dengan majoriti 4,613 undi dan 3,783 undi. – BH ONLINE

Kategori