Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

PRN Kedah: 11 ADUN...

BALING : Kesemua 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) Kedah...

Takut Anak Dengan Makhluk...

KOTA BHARU - Sikap menakut-nakutkan anak sendiri dengan makhluk halus merupakan antara penyebab...

Mahkamah Singapura Tolak Rayuan...

Mahkamah Singapura pada Selasa menolak rayuan terhadap pelaksanaan hukuman mati membabitkan seorang warga...

Anjur Perhimpunan: Chegubard Didakwa...

PETALING JAYA - Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin sekali...

Menuju PRU14, Pembangkang Makin Kucar-Kacir

PILIHAN Raya Umum ke-14 akan diadakan dalam tempoh beberapa minggu lagi, selepas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat-kuasa esok, 7 April.

Pilihan raya umum kali ini ialah yang kedua dihadapi Najib mengambil-alih jawatan perdana menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.

Pilihan raya umum pada tahun sebelum itu, pada 2008, menyaksikan persaingan paling sengit antara Barisan Nasional (BN) dengan pembangkang yang membentuk gabungan dikenali Pakatan Rakyat selepas pilihan raya.

Dalam pilihan raya umum itu, BN menghadapi tentangan paling sengit, menghadapi kekalahan di Selangor, Perak, Kedah, dan Pulau Pinang.

Kelantan yang dikuasai PAS kekal di bawah penguasaan parti itu, yang juga menerajui negeri baru dimenangi Kedah dan dipilih sebagai menteri besar di Perak walaupun tidak memiliki kerusi majoriti.

Perubahan besar yang digelar “tsunami” itu bagaimanapun telah tersimpan dalam sejarah, apabila BN segera merampas semula Perak ekoran wakil rakyat DAP dan PKR berpaling menyokong BN, membolehkan kerajaan baharu diterajui BN dibentuk.

Kedah dirampas semula dalam pilihan raya berikutnya apabila UMNO bangkit dan memenangi semula majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri di negeri itu.

Menuju PRU14 ini, pembangkang hanya menguasai dua negeri iaitu Selangor dan Pulau Pinang yang masing-masing diterajui PKR dan DAP.

Banyak pengajaran telah diambil oleh pihak BN daripada dua pilihan raya umum lalu, termasuk menyusun dan menggerakkan jentera untuk menyampaikan maklumat kepada umum dengan lebih berkesan.

Pada PRU13, lambakan maklumat palsu yang bertujuan menakut-nakutkan rakyat melalui internet memenuhi media di internet, mencatat sejarah sebagai serangan “fake news” terbesar dihadapi parti pemerintah.

Tetapi, dalam pilihan raya umum yang diharapkan oleh pembangkang untuk melonjakkan mereka ke tampuk kuasa di Putrajaya berakhir dengan rekod yang tidak lebih baik bagi mereka berbanding sebelumnya.

Pada PRU13, pembangkang Pakatan Rakyat kekal berkuasa di Selangor dan Pulau Pinang, tetapi gagal mempertahankan Kedah, dan pada masa sama gagal juga merampas semula Perak.

Pilihan raya umum tahun 2013 itu ialah yang terakhir dihadapi pembangkang sebagai satu pakatan, yang tidak lama selepas pilihan raya itu mula retak dan akhirnya runtuh pada tahun 2016.

Pada Jun 2015, pemimpin-pemimpin PAS yang rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP tewas beramai-ramai dalam pemilihan kepimpinan parti, dan sejurus itu keluar beramai-ramai, akhirnya menubuhkan parti baharu Parti Amanah Negara (PAN).

Pembangkang terdiri daripada DAP, PKR, parti serpihan PAN, dan serpihan UMNO Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kemjudian menubuhkan satu kerjasama politik baharu dinamakan Pakatan Harapan.

PAN diharapkan untuk menjadi pengganti PAS dalam pakatan baharu pembangkang, menarik sebahagian besar ahli dan pengundi parti Islam tradisional itu.

Peranan yang sama dimainkan oleh PPBM yang muncul sebagai sebuah parti menyerupai UMNO dan cuba memainkan peranan sebagai parti yang menarik sokongan orang Melayu daripada UMNO kepada PH.

Bagaimanapun, orang Melayu kekal dengan UMNO dan PAS, apabila hanya sebahagian kecil penyokong kedua-dua parti menyeberang ke PAN dan PPBM.

Sambutan suram kepada parti baharu PAN dilihat sejak awal lagi, apabila penubuhannya sendiri mengambil masa yang panjang dan bertangguh-tangguh.


Program yang memerlukan kehadiran ramai juga gagal mencapai matlamat. Sambutan suram dalam demonstrasi Bersih 4 pada Ogos 2015 telah menampakkan kegagalan PAN menarik ahli PAS untuk turun beramai-ramai memeriahkan protes itu.

Perhimpunan-perhimpunan selepas itu terus menunjukkan ketidakmampuan pakatan pembangkang untuk menarik sokongan orang Melayu.

Bersih 5 pada November 2016 juga menerima nasib yang sama, dan sebahagian peserta ialah daripada kaum Cina bandar sekitar Lembah Klang.

Ketika PRU14 semakin hampir, PPBM pula dibubarkan sementara apabila gagal memenuhi syarat menyerahkan maklumat aktiviti parti kepada Pendaftar Pertubuhan.

PPBM dikehendaki menyerahkan maklumat dikehendaki dalam tempoh 30 hari atau terbubar terus.

Ini berlaku pada masa PH sibuk membincangkan pemilihan logo bersama dalam pilihan raya nanti, selepas beberapa mesyuarat majlis presiden sukar untuk mencapai persetujuan semua parti walaupun telah memilih logo PKR.

PKR akan mendapat suntikan semangat apabila logonya dipilih untuk dijadikan logo bersama PH, tetapi ini tidak membantu menenangkan perpecahan dalaman yang telah lama berlangsung.

PKR kini dikuasai oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, timbalan presiden yang lebih berpengaruh daripada Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Medan pertarungan utama bagi PKR nanti ialah Selangor, di mana Azmin berharap dapat terus memegang jawatan menteri besar walaupun menghadapi masalah dengan PAS yang bercita-cita merampas kerusi menteri besar.

Selain Selangor, PKR juga menyasarkan kerusi-kerusi Parlimen di Kuala Lumpur, tetapi semakin tergugat oleh BN seperti kerusi Lembah Pantai yang dimenangi Nurul Izzah Anwar hingga dikhabarkan beliau akan berpindah ke kerusi lebih selamat.

Masalah paling besar pembangkang dalam menuju PRU14 ini mungkin datang dari DAP, parti yang kekal dengan imej Cinanya dan menunjukkan cita-cita mahu mengetuai kerajaan PH di Putrajaya.

Kegelojohan DAP ini menyebabkannya berani menyokong penubuhan PAN dan berkompromi dengan PPBM yang pemimpin-pemimpinnya dikecam sebagai rasis semasa masih berada dalam UMNO.

Kerjasama pakatan baharu dalam politik Malaysia ini akan menghadapi cabaran terbesarnya dalam PRU14 nanti.

Tetapi, apa yang telah berlaku pada masa Parlimen belum pun dibubarkan menunjukkan PH akan berdepan tugas yang amat sukar, bukan sahaja untuk bertanding dalam PRU14, tetapi juga untuk memastikan pakatannya tidak rosak lebih teruk lagi menjelang hari mengundi. – Mynewshub.cc

Kategori