Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

LGBT: Tegah Penyertaan Dari...

TINDAKAN golongan lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) menyertai himpunan umum yang diadakan sempena...

Kemahiran Pemikiran Teras Dapat...

KUALA LUMPUR - Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya pembangunan kemahiran pemikiran...

Imigresen Kedah Tahan 25...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 25 pendatang asing tanpa izin (PATI)...

Jangan Kait Isu Sensitif...

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini, mengingatkan...

Merdeka Center Ramal BN Bakal Tawan Kelantan

JANGKAAN… Menjelang hari penamaan calon esok, sebuah badan tinjauan bebas terkenal tempatan, Merdeka Center meramalkan UMNO dan BN akan menawan semula Kelantan.

Pengarah programnya, Ibrahim Sufian menjangkakan bahawa parti pemerintah tersebut mampu menamatkan pentadbiran PAS Kelantan selama 28 tahun pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 bulan depan.

Ini memandangkan tinjauan mereka baru-baru ini menunjukkan kira-kira 55 peratus pengundi negeri itu mula kembali menyokong BN, berbanding 35 peratus untuk PAS dan hanya 10 peratus untuk Pakatan Harapan (PH)

“Kemungkinan besar PAS akan kalah di Kelantan. Situasi mereka terjejas dengan ketiadaan kepimpinan berkarisma seperti allayarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini berjaya bawa pengundi luar pulang mengundi.

“Parti itu sendiri berpecah kepada PAN dan sejumlah pengundi akan memilih parti itu,” katanya dalam forum ‘Malaysia GE14 Outlook: Perspectives and Outcomes’ di Universiti of Nottingham Kuala Lumpur, pada Khamis.

BN dan UMNO Kelantan yang diterajui oleh Datuk Seri Mustapa Mohamad dalam misi menamatkan penguasaan tiga dekad PAS di negeri Pantai Timur itu sejak PRU pada 1990 ketika era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Tambah Ibrahim, sokongan majoriti Melayu terhadap BN di negeri itu dianggarkan pada tahap 54 peratus iaitu peningkatan 10 peratus sejak PRU pada 2013 sekali gus dianggap antara terbaik dalam sejarah untuk menang.

“PH dijangka tidak mampu raih sokongan cukup disebabkan gabungan itu gagal sentuh psikologi dengan baik. Manakala PAN yang menyertai gabungan pembangkang itu tidak mampu cetus tsunami di Kelantan,” kata Ibrahim.

Dewan Undangan Negeri Kelantan memiliki 45 kerusi. Pada PRU ke-13 lalu, BN menawan 12 kerusi bertambah enam kerusi daripada PRU ke-12 manakala PAS 32 kerusi dan PKR satu kerusi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori