Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tidak Capai KPI, Pemain...

KUALA LUMPUR- Pemain perseorangan lelaki negara berdepan tindakan disingkirkan sekiranya gagal mempamerkan prestasi...

KKM Dapati Terapi Ozon...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan masyarakat agar berhati-hati dengan rawatan pencucian...

Guru Wanita Rugi RM4,560...

KUCHING - Seorang guru wanita kerugian RM4,560 selepas dipercayai diperdaya oleh sindiket ‘parcel...

Malam 7 Likur Serlahkan...

MELAKA - Malam tujuh likur menyerlah keunikan budaya Melayu kepada pelancong yang datang...

MIC Kesan 80,000 Keluarga Perlu Bantuan Kewangan

PETALING JAYA – MIC dalam proses mengenal pasti sebanyak 80,000 keluarga India lagi dalam kumpulan B40 untuk menerima bantuan kewangan bagi barang keperluan asas, kata anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC Datuk P. Kamalanathan.

‘Program Kebajikan India’ di bawah Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (Sedic) itu telah mengenal pasti 20,000 keluarga India di seluruh negara yang pendapatan bulan isirumah kurang daripada RM1,500 untuk menerima RM80 sebulan bagi tiga bulan untuk keperluan barangan runcit mereka.

“Kami menyasarkan untuk memberi bantuan kepada 100,000 keluarga India di seluruh negara yang benar-benar memerlukan bantuan,” kata Kamalanathan kepada pemberita selepas melancarkan “Program Kebajikan India” di Giant Kota Damansara di sini,hari ini.

Program itu yang merupakan inisiatif Pelan Masyarakat India Malaysia (MIB) di bawah Sedic, dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan MyKasih yang berobjektif memberikan bantuan kepada kumpulan B40.

Seorang daripada penerima bantuan itu, A.Annjela, 60, berkata bantuan itu akan mengurangkan bebannya untuk menampung belanja barangan runcitnya.


“Saya membelanjakan kira-kira RM250 sebulan untuk barangan runcit, walaupun bantuan ini tidak sebanyak mana tetapi ia dapat meringankan beban saya untuk menampung bil bulanan saya selama tiga bulan,” kata bekas tukang cuci itu yang kini tidak bekerja atas masalah kesihatan.

M. Thulasimalar, 36, yang bersyukur menerima bantuan itu berkata: “Barangan runcit kini mahal, dengan RM80 ini sekurang-kurangnya saya dapat membeli lebih banyak barang.” – BERNAMA

Kategori