Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Dakwaan Terhadap Tabung Haji...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) menyifatkan dakwaan berterusan sesetengah pihak terhadapnya...

Mahdzir: ASED Menjadi Bukti...

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid percaya Mesyuarat Menteri-menteri Pendidikan...

Malaysia Raih Lima Emas...

KUALA LUMPUR - Malaysia meraih lima pingat emas, satu perak dan dua gangsa...

Kastam Kedah Rampas Mercun,...

BUKIT KAYU HITAM - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah merampas sejumlah 39,333...

MIC Perlis Pastikan Semua Pengundi India Mengundi

ARAU – MIC Perlis akan memastikan kesemua kira-kira 2,100 pengundi berdaftar keturunan India di negeri itu keluar mengundi pada 9 Mei ini.

Pengerusinya S.Vengadasamy walaupun tiada calon MIC bertanding di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini, mereka tetap setia dan menyokong Barisan Nasional (BN).

“Bagi kami yang penting ialah kemenangan BN menyapu bersih ketiga-tiga kerusi Parlimen dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Vengadasamy berkata kebanyakan pengundi keturunan India berada dalam kawasan Parlimen Arau dengan majoritinya dalam DUN Pauh dan DUN Tambun Tulang serta sedikit di DUN Indera Kayangan, DUN Beseri dan DUN Titi Tinggi.

Katanya MIC negeri akan menyediakan pengangkutan bagi membawa pengundi ke pusat-pusat mengundi dan menghantar mereka pulang sebagai usaha memastikan calon BN menang. – BERNAMA

Kategori