Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

SPRM Panggil Seorang Pemimpin...

KOTA KINABALU - Seorang pemimpin sebuah parti tempatan Sabah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Pahang Juarai Piala Emas...

KUANTAN - Pahang muncul juara Piala Emas Raja-Raja 2016 selepas membelasah Polis Diraja...

RCI Wang Kelian: Tindakan...

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintenden Rizani Che Ismail mengakui...

Pemain N.Sembilan Dedah Jersi...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) kesal dengan tindakan pemain...

Mira Filzah Mengaku Rapat Dengan Zizan Razak

PELAKON dan pengacara cantik, Mira Filzah mengakui bahawa dia dan aktor, Zizan Razak masih berkawan rapat.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, hubungan mereka masih baik dan tidak timbul sebarang perselisihan besar.

Katanya, cuma mereka jarang berjumpa dek kerana masing-masing sibuk dengan karier seni.

“Siapa kata hubungan kami sudah putus? Kami masih berkawan macam biasa. Cuma buat masa ini, masing-masing fokus pada karier seni dulu,” kata Mira dipetik Harian Metro.

Dalam pada itu, Mira yang diminta mengulas lanjut mengenai hubungan mereka yang akan ke fasa seterusnya berkata, dia tidak akan merahsiakan perkara baik itu daripada peminat.


“Apabila tiba masanya, insya-Allah, saya akan beritahu pada semua nanti,” ujar Mira ringkas.

Sementara itu, ditanya pula mengenai apakah hadiah yang diterima daripada Zizan sempena ulang tahunnya pada 2 April lalu, Mira menjelaskan dia lebih selesa untuk merahsiakan tentang hal itu. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori