Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Polis Kedah Terima 5...

ALOR SETAR - Polis Kedah hari ini menerima lima laporan daripada orang awam...

Lagu Cinta Sejati Sentuh...

KUALA LUMPUR - Emosi penyanyi, Bunga Citra Lestari (BCL) rapuh ketika menyanyikan lagu...

691 Kes Baharu Covid-19,...

PUTRAJAYA - Penularan Covid-19 dalam negara terus merekodkan angka tertinggi dengan 691 kes...

Ahmad Maslan: Nafi BR1M...

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan meminta rakyat tidak terpedaya dengan mesej...

MKN Sabah Hantar Balik 336 PATI Filipina, Indonesia

SANDAKAN – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah menghantar balik 336 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dan Indonesia menerusi dua operasi di sini dan Tawau, semalam.

Pengarahnya Datuk Rodzi Md Saad berkata seramai 289 PATI Filipina merangkumi 211 lelaki dewasa, 53 perempuan dewasa dan 25 kanak-kanak yang dihantar balik adalah tahanan dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sibuga di sini.

Mereka dihantar balik ke negara asal dengan menaiki feri menerusi Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga, Filipina, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya 47 lagi PATI Indonesia terdiri daripada 37 lelaki dan 10 wanita merupakan tahanan PTS Tawau yang dihantar balik dengan menaiki feri dari Pelabuhan Tawau ke Nunukan, Indonesia.

Beliau berkata sehingga semalam, terdapat 4,827 PATI ditahan di empat PTS di negeri ini iaitu PTS Kota Kinabalu (1,528 PATI), PTS Papar (1,038 PATI), PTS Sibuga (1,076 PATI) dan PTS Tawau (1,185 PATI).


Rodzi berkata jumlah PATI yang dihantar balik ke negara asal dari negeri ini sejak 1990 hingga hari ini adalah seramai 569,439 orang. – BERNAMA

Kategori