Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pastikan 20 Perkakas Ini...

Situasi kecemasan di jalan raya memang tidak boleh diramal. Apa yang boleh dilakukan...

Ikrar Perjuang Hak Dan...

KUALA KANGSAR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam‎ Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berikrar untuk terus...

Ahmad Bashah Tiada Dalam...

KUALA LUMPUR - Tiga nama diserahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun...

Coronavirus: KPM Tangguh Pendaftaran...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan menangguhkan sementara pendaftaran pelajar dari bandar Wuhan dan...

Mo Salah Terima Undi Jadi Presiden Mesir

DALAM dunia bola sepak antarabangsa, nama Mohamed Salah kini menjadi sebutan peminat bola sepak seluruh dunia selepas aksi memukau yang ditunjukkannya musim ini.

Awal pagi tadi, Salah terus membantu pasukannya, Liverpool menewaskan Manchester City 3-0 dengan menyumbang satu jaringan pada awal permainan.

Pemain asal Mesir ini telah menjaringkan hampir 40 gol musim ini untuk kelabnya Liverpool dan pasukan kebangsaan yang menyaksikan dia dibandingkan dengan Lionel Messi dan sudah dianggap sebagai wira di negaranya itu.

Dia dianggap sebagai selebriti di negaranya selepas berjaya menjaringkan penalti di saat-saat akhir perlawanan menentang Congo yang melayakkan Mesir ke Piala Dunia 2018 di Russia, Jun ini.

Baru-baru ini, sebuah pilihan raya bagi memilih Presiden Mesir telah berlangsung yang menyaksikan hanya 41% pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab.

Calon bebas, Abdel Fattah el-Sisi berjaya memperoleh 92% undian dalam pilihan raya tersebut sekaligus berjaya mempertahankan jawatannya untuk satu lagi penggal menewaskan pesaing tunggalnya, Moussa Mustafa.

Bagaimanapun, difahamkan sebanyak 1.5 juta undi rosak telah diterima sewaktu pemilihan tersebut yang mewakili 5% daripada mereka yang keluar mengundi.

Lebih mengejutkan, kebanyakan undi rosak ini adalah disebabkan rakyat Mesir yang sengaja berbuat demikian bagi menjadikan ‘hero’ mereka, Mo Salah sebagai presiden negara berkenaan.

Para pengira undi nyata terkejut apabila terdapat kotak ketiga diwujudkan rakyat negara mereka dan meletakkan nama Mo Salah sebelum memangkah nama pemain Liverpool itu.

Tidak tahulah sama ada rakyat Mesir hanya melakukan tindakan tersebut sekadar bergurau atau pun sememangnya tidak menyukai kedua-dua calon yang bertanding.


Insiden seperti ini sebenarnya pernah berlaku sebelum ini apabila Lionel Messi juga pernah dipangkah sewaktu pilihan raya bagi memilih presiden di Amerika Syarikat beberapa tahun lalu.

Perkara ini sebenarnya telah menunjukkan impak besar yang telah diberikan Mo Salah kepada rakyat Mesir selepas eksploitasinya bermain dengan sangat baik pada musim ini.

Malah, bukan rakyat Mesir sahaja yang meminati Mo Salah, dia juga menjadi perhatian tempoh hari apabila lagu yang dihasilkan peminat Liverpool memuatkan lirik mengaku mahu peluk Islam kerana pemain pujaan mereka itu, walaupun secara gurauan.

Mo Salah sebenarnya secara tidak sedar telah melakukan dakwah dengan caranya yang tersendiri dengan menunjukkan contoh-contoh baik sebagai seorang Muslim seperti membuat sujud syukur selepas menjaringkan gol.

Pemain berusia 26 tahun itu juga terkenal dengan amal kebajikan yang sering dilakukannya membuatkan dirinya menjadi contoh untuk anak muda di dalam dan luar padang.

Peminat bola sepak seluruh dunia tidak sabar menyaksikan Mo Salah di pentas terbesar Piala Dunia 2018 dan menyaksikan dengan lebih dekat ‘hero’ Mesir ini menunjukkan kebolehannya di peringkat tertinggi dunia bola sepak. –MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori