Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

MPS Akan Rombak Tender...

SANDAKAN - Pemberian tender kerja pembersihan bandar menerusi Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan...

Kerajaan Siap Sedia Pelan...

PUTRAJAYA - Kerajaan sentiasa bersiap sedia dengan pelan kecemasan bagi menjamin keselamatan jemaah...

Anifah Ketuai Deligasi Ke...

KUALA LUMPUR - Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman akan mengetuai delegasi Malaysia...

Agong, Raja Permaisuri Zahir...

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan...

Model Playboy Bebas Cerita Hubungan Dengan Trump

NEW YORK – Sebuah kumpulan media bersetuju melepaskan bekas model Playboy dari perjanjian yang menyekatnya daripada mendedahkan dakwaan hubungan sulit dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Menurut kedua-dua belah pihak yang mengesahkannya, persetujuan itu dicapai antara American Media Inc., yang memiliki majalah tabloid The National Enquirer dengan model, Karen McDougal.

Ia sekali gus mengakhiri tuntutan mahkamah oleh McDougal dan melindungi Trump daripada diheret ke dalam kes membabitkan usaha untuk menutup mulut seorang wanita semasa kempen 2016, kata The New York Times.

Trump menafikan terbabit dengan sebarang urusan dengan McDougal.

Jurucakap American Media mengesahkan penyelesaian itu dan berkata McDougal akan muncul sebagai wajah kulit hadapan majalah Men’s Journal edisi September.

“Saya lega dapat bercakap benar mengenai kisah saya apabila ditanya, dan saya tidak sabar lagi untuk kembali kepada kehidupan peribadi saya,” kata McDougal.


Pada 2016, American Media memperoleh hak ke atas kisahnya, yang tidak pernah diterbitkan, sebagai balasan untuk AS$150,000 (RM583,574) dan komitmen untuk mempromosikan kerjaya kecergasannya.

McDougal menuduh American Media, syarikat milik rakan baik Trump, mengelirukannya untuk menandatangani kontrak dan peguam peribadi Trump, Michael Cohen, kerana campur tangan dengan sewenang-wenangnya. – AFP/BH ONLINE

Kategori