Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

1MDB: Parlimen Tidak Campur...

KUALA LUMPUR - Parlimen tidak akan campur tangan dalam siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang...

Hebat! Berita Cabaran Sultan...

ALKISAH cabaran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahu bertarung dengan skuad polo...

Dadah: Polis Thai Tahan...

BANGKOK - Pihak berkuasa Thailand menahan seorang lagi rakyat Malaysia disyaki anggota utama...

Banjir Kilat: Lebih 10...

GEORGE TOWN - Lebih 10 kawasan di Pulau Pinang ditengelami air selepas hujan...

Mohamad Saran Tubuh SRS Di Setiap KRT N.Sembilan

SEREMBAN – Kawasan Rukun Tertangga (KRT) di Negeri Sembilan yang masih belum menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) disarankan berbuat demikian bagi memastikan keamanan di kawasan mereka terjaga.

Menyarankan demikian, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata setakat ini terdapat lebih 300 KRT di negeri ini dan hanya suku daripadanya yang mempunyai SRS yang berperanan untuk melakukan rondaan.

“Kadang-kadang KRT ini ada yang pada nama sahaja tapi langsung tidak bergerak.

“Saya mahu semua KRT di negeri ini tubuh SRS, jika memerlukan keperluan seperti lampu suluh dan tongkat beritahu, tidak menjadi masalah,” katanya ketika berucap merasmikan Kempen Cegah Jenayah dan Gimik PDRM Bersama KRT Taman Sendayan Indah di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis negeri, SAC Datuk Muhamad Zaki Harun dan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integerasi Nasional negeri Salasiah Hashim.

Mohamad berkata tanggungjawab keselamatan tidak boleh diletakkan di bahu pihak berkuasa sahaja malah harus dibantu oleh masyarakat.

“Kita mesti sama-sama memainkan peranan menjaga keselamatan kita, kalau setiap rumah polis harus menjaga, memang tidak terdaya,” katanya.


Beliau berkata bagi penjawat awam di negeri ini yang menyertai skim tersebut, mereka diberi kelonggaran untuk hadir lewat ke tempat kerja.

“Diperingkat Negeri Sembilan, siapa-siapa penjawat awam yang mengambil bahagian dalam SRS, kita beri kelonggaran; boleh datang kerja pada tengah hari.

“Kita tahu mereka tidak tidur sampai pukul 3 pagi, (jadi) boleh datang separuh hari selepas mereka cukup tidur, kerana yang penting bagi kita ialah keselamatan,” katanya. – BERNAMA

Kategori