Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Janna Nick Diumum Sebagai...

SUBANG JAYA - Aktres, Janna Nick diumumkan sebagai duta PLUS Malaysia Berhad (PLUS)...

Tak Boleh Berdoa Di...

Kuala Lumpur: "Pada prinsip asasnya tidak boleh doa kepada orang bukan Islam di...

Agong: Pegawai Muda Proaktif...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V mengingatkan pegawai muda Angkatan...

Isu Biaya Keganasan Hanya...

PUTRAJAYA - Isu pembiayaan keganasan di Malaysia masih tidak seteruk negara lain walaupun...

Mohd. Ali Sindir Calon PKR Gagal Bela Nasib Rakyat

MELAKA – “Seorang isteri tidak dijaga, ini nak kahwin dua,” merupakan sindiran Tan Sri Mohd Ali Rustam mengulas tindakan Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin bertanding di kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim.

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Melaka berkata apa yang penting sekarang Shamsul Iskandar sepanjang sepenggal mentadbir Hang Tuah Jaya sebelum ini tidak dapat memberikan perkhidmatan yang baik untuk rakyat.

Justeru, Mohd Ali berkata rakyat seharusnya tidak buang masa memberikan sokongan kepada pembangkang yang hanya tahu bermain politik dan berikan undi mereka kepada Barisan Nasional (BN) yang telah terbukti menjaga rakyat sebelum ini.

“Hang Tuah Jaya, bini yang satu ini pun (Shamsul Iskandar) tak terjaga (sebelum ini) inikan pula nak beristeri dua susah lah, seorang isteri tidak dijaga ini nak kahwin dua. Saya percaya beliau tidak akan beri khidmat baik kepada pengundi di dua kawasan ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini selepas penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Terdahulu Mohd Ali daripada BN dan Shamsul Iskandar bakal mengulangi pertarungan mereka pada PRU13 apabila diumum sebagai calon parti masing-masing, dan calon PAS, Dr Md Khalid Kassim melengkapkan saingan tiga penjuru di kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya.

Media sebelum ini melaporkan pelbagai rungutan pengundi di kawasan itu bahawa Shamsul Iskandar tidak membantu rakyat di kawasan tersebut, sebaliknya Mohd Ali lebih kerap turun padang menyelesaikan masalah dan memberi bantuan kepada rakyat.


Shamsul Iskandar bakal berdepan saingan tiga penjuru di DUN Rim dalam Parlimen Jasin dengan Kintan Man (PAS) dan Datuk Ghazale Muhamad (BN).

Pada PRU13, Mohd Ali tewas di kawasan Parlimen Bukit Katil (kini Hang Tuah Jaya) dalam pertarungan satu lawan satu dengan Shamsul Iskandar. – BERNAMA

Kategori