Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Hati-Hati Memandu Di Zon...

KUALA LUMPUR - Pengguna jalan raya diminta memberi perhatian terhadap papan tanda 'Kawasan...

Aliran Trafik Lancar Kecuali...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat...

Remaja Rakam Sendiri Aksi...

SEORANG remaja yang berusia 18 tahun terpaksa merakamkan sendiri aksi bapanya merogolnya dengan menggunakan...

Bomoh Tak Mengaku Cuba...

KUALA LUMPUR - Seorang bomoh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di...

Motosikal Suspek Bunuh Dr. Fadi Ditemui Polis

JUMPA… Sebuah motosikal dipercayai digunakan oleh dua suspek yang menembak mati pensyarah universiti warga Palestin, Allahyarham Dr. Fadi Mohammed Al Batsh, ditemui pihak polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ketika mengesahkan perkara tersebut berkata, jentera itu dijumpai di kawasan berhampiran tasik di Danau Kota, Setapak di ibu negara oleh orang awam pada tengah hari ini.

“Ya, kita ada jumpa motosikal yang dipercayai digunakan dua suspek dalam kes pembunuhan itu pada 21 April lalu. Kita dapati ia dalam keadaan baik dan difahamkan ditinggalkan di kawasan itu sejak beberapa hari lalu,” katanya.

Mohamad Fuzi berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan taklimat persediaan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di Shah Alam pada hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan apakah model motosikal berkuasa tinggi tersebut walaupun pihak media sebelum ini pernah melaporkan ia kemungkinan dari jenis BMW GS atau Kawasaki Versys.

Semalam, polis melancarkan operasi besar-besaran termasuk mengedarkan lakaran wajah dua suspek yang didakwa menembak mati Dr. Fadi yang juga imam di sebuah surau dalam satu kejadian pada jam 6 pagi Sabtu lalu.

Allahyarham yang berusia 35 tahun ditemukan mati akibat ditembak berkali-kali oleh dua suspek yang menaiki motosikal berkuasa tinggi di hadapan Kondominium Idaman Puteri, Jalan Meranti, Setapak, Kuala Lumpur.

Dalam kejadian tragik tersebut, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala hasil bedah di Hospital Selayang, Selangor mendapati, sebanyak 14 butir peluru ditemukan pada badan dan kepala mangsa

Dalam pada itu, maklumat mengenai penemuan motosikal berwarna kelabu di belakang kawasan pusat perniagaan Jalan Danau Niaga itu diberikan oleh orang awam kepada polis selepas curiga dengan kedudukan jentera berkenaan.


Sumber memberitahu portal Harian Metro, motosikal yang didaftarkan atas nama rakyat tempatan itu diletak di tepi pagar tasik berkenaan sejak Sabtu lalu, iaitu hari yang sama kejadian pembunuhan Dr. Fadi berlaku.

“Sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, dilihat kemudian berada di lokasi kejadian sejak jam 1 tengah hari tadi.

“Mereka kemudian menutup sekitar kawasan motosikal itu di parkir dengan tali pita kuning bagi menghalang orang ramai termasuk pihak media mendekati lokasi berkenaan,” kata sumber yang dipetik portal berita tersebut.

Difahamkan, motosikal berkenaan dihantar ke IPD Wangsa Maju untuk pemeriksaan lanjut bagi membolehkan siasatan dilakukan termasuk mengenal pasti individu yang menyewa motor berkenaan daripada pemilik asalnya.

Kata sumber, pihak polis turut mendapatkan bantuan Unit Forensik IPK Kuala Lumpur dan Unit Pemusnah Bom bagi membolehkan proses siasatan secara menyeluruh dapat dijalankan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori