Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

APMM Rampas 32,000 Kotak...

KLANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Klang merampas kira-kira 32,000...

GAMBAR: Bila Ustaz Kazim...

Jauh perjalanan, luas permandangan. Bukan sekadar menikmati panorama indah ciptaan Allah SWT tetapi...

Apa Jasa Sanusi Kepada...

Apa jasa Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor...

Bekas CEO Antara 3...

MELAKA - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM)...

“Mourinho Tak Mahu Kami Jadi Badut” – Smalling

CHRIS Smalling menjadi tumpuan apabila menjadi jaguh selepas pengurus, Jose Mourinho menggesa para pemainnya supaya tidak menjadi badut Etihad.

Ketika itu, Manchester City mendahului dua mata pada separuh masa pertama dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Ahad, dengan Manchester United tanpa sebarang jaringan.

Bagaimanapun, pemain pertahanan skuad kebangsaan England itu mempamerkan kehebatannya selepas gol berganda rakan sepasukan, Paul Pogba.

Smalling yang meraih gol ketiga berkata: “Saya berhutang (gol) dengan mereka.

“Bila anda membuat silap, anda mahu peluang untuk memperbetulkan keadaan. Anda dapat melihat kelegaan selepas gol pertama dan saya gembira dapat turut menyumbangkannya.”


Kemenangan Manchester United sekali gus menangguhkan peluang Manchester City untuk merebut gelaran Liga Perdana Inggeris.

“Pengurus kata dia tidak mahu kami semua menjadi badut di sana dengan melihat mereka memang trofi,” tambah Smalling. – Mail Online UK/mStar Online

Kategori