Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mungkinkah Ini Foto Terakhir...

GAMBAR di atas, dipercayai antara foto terakhir Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr...

Najib Sediakan RM500 Untuk...

BERITA pemberian bantuan khas raya berjumlah RM400 buat penjawat awam Gred 41 dan...

4 Lagi Kematian Keracunan...

KUALA LUMPUR - Empat lagi kematian akibat keracunan metanol dilaporkan, dengan tiga dari...

Adakan PRU Selepas COVID-19...

KUALA LUMPUR - UMNO memutuskan agar mandat rakyat dikembalikan dengan mengadakan pilihan raya...

Mulai Januari 2019, Johor Haramkan Guna Plastik

PENGHARAMAN penggunaan plastik konvensional dan polisterina akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2019 oleh kerajaan Johor di negeri itu.

Lapor akhbar tempatan, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat, berkata pengharaman menggunakan bahan tersebut bermula 1 Januari akan dilakukan dalam bentuk kempen kesedaran dan perubahan sikap rakyat selama setahun.

“Kita akan menggunakan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT) di mana PBT boleh mengenakan denda, kompaun dan tindakan lain. Biasanya denda yang boleh dikenakan tidak melebihi RM1,000.

“Sekarang (tahun ini) kita nak beri kesedaran dahulu kepada masyarakat. Kita nak kantin, gerai atau pihak yang terbabit dalam pembungkusan makanan ini menukar daripada menggunakan plastik konvensional kepada plastik biodegradasi,” ujarnya.

Menurut Ayub Rahmat lagi, langkah itu diambil bagi mengelak berlakunya pencemaran alam sekitar yang kian meruncingkan.

Bahan plastik tidak boleh terurai dalam masa singkat kerana mengambil masa selama 150 hingga 200 tahun manakala plastik biodegradasi hanya memerlukan masa sekitar lapan hingga 18 tahun untuk terurai.


Pengumuman tersebut disampaikan selepas merasmikan Program Penanaman Pokok Sempena Sambutan Hari Bumi Peringkat Johor 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Maharani, Muar hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Datuk Dr. Mohammad Ezanni Mat Salleh dan Pegawai Daerah Muar, On Jabbar.

Program Penanaman Pokok Sempena Sambutan Hari Bumi Peringkat Johor 2018. – Foto: Berita Harian

Terdahulu, kempen penggunaan plastik dengan menggantikan plastik biodegradasi yang lebih mesra alam sekitar telah pun di lancarkan pada awal tahun ini.

Natijahnya, kebanyakan gerai di tepi jalan telah menggunakan plastik biodegradasi yang sekali gus menjadi petanda positif dalam usaha menjaga kelestarian alam sekitar.

Kategori