Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kepingan Bumbung Stesen LRT...

KUALA LUMPUR – Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya ditutup sementara waktu...

Mangsa Banjir Di Johor...

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Johor berkurangan kepada...

APMM Tahan KRU Bot...

PEKAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur menahan 24 nelayan...

Anggota TLDM Tak Boleh...

LUMUT - Anggota Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) diingatkan supaya tidak terlibat...

Mungkin Inilah Punca Kenapa PH ‘Sabotaj’ Projek ECRL

BONGKAR… Umum maklum kerenah kerajaan Selangor pimpinan PKR yang berdolak-dalik dalam urusan kelulusan tanah untuk menjayakan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di negeri itu.

Sikap acuh tidak acuh pihak kerajaan negeri maju tersebut yang dilihat lebih seperti sengaja ‘bermain politik’ menyebabkan laluan sejauh 88 kilometer dari Gombak ke Pelabuhan Klang bernilai RM9 bilion gagal dimulakan.

Ini jauh berbeza dengan sikap kerajaan Kelantan yang waima ditadbir PAS, pihak berkuasa negeri itu lebih memberi kerjasama dan sanggup mengenepikan perbezaan fahaman politik terhadap kerajaan pusat Barisan Nasional (BN).

Hakikatnya, ramai penganalisis politik tempatan menyifatkan sikap pelik Pakatan Harapan (PH) akibat tekanan kuat DAP yang lebih berkuasa dalam pentadbiran negeri dan bimbang dengan impak projek mega RM55 bilion itu.

Cakap politik ‘kedai kopi’ ada mendakwa konon menerusi projek prasarana pengangkutan rel sejauh 688 kilometer itu bakal memberi manfaat besar kepada masyarakat luar bandar di Pantai Timur yang majoritinya Melayu-Islam!

Lebih dahsyat, ada berpendapat parti itu bimbang ECRL mampu melonjakkan ekonomi wilayah berkenaan terutama aktiviti perdagangan rel kontena di pelabuhan Tok Bali, Kelantan; Kemaman, Terengganu dan Kuantan, Pahang.

Ini sekali gus menggugat imej pelabuhan Singapura apabila kapal dari rantau Asia Timur akan memilih singgah di tiga pelabuhan itu kerana jarak yang lebih dekat sebelum kontena dibawa terus dan pantas ke Pelabuhan Klang.

Sementelahan DAP yang diasaskan PAP, parti pemerintah Singapura sejak berpisah daripada Malaysia pada 1965; kurang senang dengan sebarang kemajuan ekonomi dicapai Malaysia dan mampu mengatasi kejayaan republik itu.

Dakwaan ini mungkin berbaur imaginasi, namun akhirnya terbongkar apabila agensi berita MediaCorp Singapura melaporkan pembinaan projek mega Terminal Tuas dekat sempadan Malaysia bernilai S$1.4 bilion (RM4.3 bilion).


Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) hari ini memeterai perjanjian dengan syarikat Penta Ocean Construction (Jepun), Hyundai Engineering & Construction (Korea Selatan) dan Boskalis International (Belanda).

Dengan Fasa Pertama sedang dijalankan, Fasa Kedua dijangka meningkatkan lagi 21 juta unit kontena berukuran 20 kaki (TEU) kepada kapasiti pelabuhan terbesar Singapura itu secara keseluruhannya setiap tahun menjelang 2027.

Menurut kenyataan MPA lagi, kerja di bawah Fasa Kedua termasuk reka bentuk dan pembinaan kawasan tebus guna seluas 387 hektar dikepung dengan tembok kaison sepanjang 9.1 kilometer berhampiran Tanjung Pelepas, Johor.

Apabila siap dibangunkan menjelang tahun 2040-an, Terminal Tuas berupaya menangani sehingga 65 juta TEU setiap tahun; sekali gus bakal menyebabkan kapal dagang tidak lagi singgah di Malaysia terutama jirannya, Johor.

Laporan MediaCorp Singapura itu secara kebetulan jelas membuktikan kenapa PH seperti sengaja sabotaj ECRL dengan beri pelbagai alasan ‘bodoh’ bersifat birokrasi terhadap projek rel tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori