Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Peminat Taja Konsert Khai...

BOLEH dikatakan pembabitannya dalam industri hiburan tanah air baru setahun jagung, namun nama...

KKM Tingkat Pengawasan Genomik...

SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan (KMM) akan meningkatkan pengawasan genomik di pintu-pintu masuk antarabangsa...

84% Lokasi Wabak Denggi...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 41 daripada 49 lokasi panas wabak demam denggi yang...

Kepingan Kaca Dibawa Lori...

SEREMBAN - Kepingan kaca yang dibawa sebuah lori treler jatuh atas jalan berhampiran...

Musang Obes Dikurung Bagi Dapatkan Bulu

MUSANG merupakan salah satu haiwan yang terkenal dengan sifatnya cukup aktif, licik dan pantas di mana kehadirannya di kawasan luar bandar kadangkala memeningkan kepala orang kampung.

Namun, pernahkah anda membayangkan seekor musang yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti sehingga menyukarkan binatang mamalia itu melakukan sebarang pergerakan?

Perkara itulah yang dapat dilihat melalui satu video mengejutkan yang tular di media sosial menyaksikan sekumpulan musang yang mengalami obesiti kerana diberi makan berlebihan dan dikurung di dalam sangkar.

Musang-musang tersebut sengaja diberikan makanan berlebihan sehingga obesiti oleh penternak ladang berkenaan bagi mendapatkan bulu yang lebat.

Rakaman itu merupakan bukti penyiasatan dilakukan sekumpulan aktivis bagi menunjukkan ia dibela dengan zalim oleh penternak ladang tersebut apabila membiarkan berat badan berlebihan namun diletakkan dalam sangkar sempit.

Lapor Daily Mail, musang-musang berkenaan diberi makan lebih lima kali ganda daripada kadar yang sepatutunya bagi mendapatkan bulu yang cantik dan lebat di sebuah ladang di selatan Finland.

Bagaimanapun, ia telah menyebabkan musang-musang tersebut sukar membuat pergerakan selain kulitnya berlipat kerana terlalu mempunyai lemak yang berlebihan.

Isu ini mula mendapat perhatian selepas rakaman tersebut dimuat naik sebuah kumpulan aktivis haiwan dari Finland, Oikeutta Elaimille yang bermaksud keadilan untuk haiwan, bagi menunjukkan realiti sebenar industri bulu binatang.

Dalam rakaman tersebut juga, jelas sekali musang-musang itu berada dalam keadaan tertekan akibat dikurung dalam ruang sempit dan lebih sedih, ada juga musang diletakkan dalam sangkar bersama bangkai seekor anjing.

Menurut Humane Society International (HSI) United Kingdom, rakaman tersebut seiring dengan sebuah lagi rakaman yang disiarkan pada Mac lalu yang diambil dari ladang SAGA, iaitu sebuah ladang yang mendakwa menitikberatkan kebajikan dan kesihatan haiwan di ladang mereka.


Pakar hidupan liar yang mengkaji video berkenaan bersama HSI, Chris Packham berkata, rakaman tersebut sememangnya mengejutkan memandangkan haiwan ini sangat sinonim dengan kehidupan aktif dan bebas.

”Saya pernah melihat musang di dalam persekitaran liar, berlari, menggali, meneroka, bersosial.

“Jadi ia amat menyedihkan haiwan secantik dan sebijak ini dikurung di dalam sangkar sempit hanya semata-mata untuk mendapatkan bulunya.

Diasingkan daripada persekitaran semulua jadinya, musang-musang ini menunjukkan tanda-tanda berada dalam tekanan,” katanya.

Tambahnya, keadaan fizikal musang-musang di ladang itu amat merisaukan, dengan berat badan berlebihan, ditambah dengan kaki yang tidak stabil serta kulit yang berlipat dan mengalami jangkitan pada mata.

”Pendedahan ini membuktikan kebenaran dakwaan kami, pakar hidupan liar katakan selama ini, bahawa haiwan ini langsung tidak sesuai untuk diternak,” katanya lagi.

Selain itu, Chris turut mendedahkan bahawa musang betina normal dan sihat hanya mempunyai berat badan sekitar 3.5 kilogram, manakala berat musang dalam rakaman berkenaan mencecah 19 kilogram.

Pendedahan ini menunjukkan musang ini bukan sahaja mengalami obesiti, malah mengalami tekanan melampau, abaikan sahaja hujah pengusaha ladang yang berkata mereka ada etika dalam industri ternakan ini,” tegas aktivis itu lagi. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori