Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sesuai Diminum Dengan Salad,...

MINUMAN karbohidrat popular, Cola-Cola telah mengeluarkan perisa baharu yang dijangka mendapat perhatian ramai...

Bunuh Cucu: Dakwaan Suspek...

KUALA LUMPUR - Suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya di sebuah...

Lelaki Parah Diserang Beruang...

SEORANG lelaki cedera parah akibat diserang seekor beruang berwarna hitam ketika sedang mencari...

Kantoi Kata Daim Dalang...

EMPAT hari lepas, penulis blog politik terkenal, Raja Petra Kamarudin mendedahkan Syed Saddiq...

Naik Tol Sg. Nyior, LGE Lawak Mahu Hapus Tol Jambatan

BAGI rakyat Pulau Pinang khasnya pengundi di kerusi Parlimen Bagan, mereka tentunya maklum dengan janji wakil rakyatnya, Lim Guan Eng konon mahu hapus tol laluan Sungai Nyior pada 2008.

Itu kisah lama ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 dan sehingga hari ini, tol di lebuh raya itu yang merupakan sebahagian Jalan Lingkaran Luar Butterworth (BORR), bukannya dimansuhkan malah naik lagi lebih 100 peratus.

Selepas menang lagi PRU ke-13 pada 2013, Ketua Menteri itu membiarkan sahaja penduduk menanggung azab apabila kadar tol meningkat daripada hanya 50 sen ketika era Barisan Nasional (BN) kepada RM1.20 mulai 2015.

Justeru apabila Setiausaha Agung DAP itu menerusi akaun sosial Facebook rasminya pada Jumaat menulis konon mahu hapus tol Jambatan Pulau Pinang jika masih menang PRU ke-14, ramai netizen ketawa terbahak-bahak!

Apakah Pakatan Harapan (PH) cuba sekali lagi memperbodohkan rakyat Pulau Pinang dengan janji kelakar tersebut semata-mata kerana takut dengan manifesto BN negeri itu mahu mansuh tol motosikal di dua jambatan berkenaan.

“Undi BN, hanya tol motosikal Jambatan Pulau Pinang pertama dimansuhkan. Undi Pakatan Harapan, selepas kita mengambil alih Putrajaya, semua tol Jambatan Pulau Pinang dimansuhkan,” kata Guan Eng dengan nada angkuh.

Baca: Tol Motosikal Di Jambatan Dihapus Jika Tawan P.Pinang

Tol Motosikal Di Jambatan Dihapus Jika Tawan P.Pinang

Hakikatnya semua maklum, manifesto PH yang diumumkan baru-baru ini tidak pun mahu menghapuskan tol lebuh raya kerana didakwa konon masih lagi murah di dunia, bahkan mereka buat pusingan U untuk terus kekalkannya.


Ini berbeza pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sejak ambil alih pentadbiran pada 2009, lapan plaza tol sudah berjaya dimansuhkan dengan paling baharu, empat lagi secara serentak mulai 1 Januari lalu.

BN juga memastikan tol Lebuh Raya Utara-Selatan yang dianggap nadi Semenanjung Malaysia tidak naik setiap lima tahun, tidak seperti dilakukan ketika era Tun Dr. Mahathir Mohamad dahulu sehingga menyusahkan rakyat.

Malahan lebuh raya baharu, Pan Borneo menyambungkan Sabah dan Sarawak yang dibina juga bebas tol selain lebuh raya hubungan tengah antara Pahang dan Kelantan pun langsung tiada kutipan tol apabila siap dibina kelak.

Sebaliknya, tiga lebuh raya baharu di Lembah Klang yang dibina dengan kerajaan negeri pimpinan PKR ada saham kepentingan dijangka mengenakan tol di samping projek mega terowong dasar laut Pulau Pinang yang kontroversi.

Inilah realiti dan semua maklum janji PH tidak boleh dipercayai seperti mana dinyatakan Mahathir sendiri kerana mereka tahu, ia memang adalah pembohongan semata-mata. Ayuh UBAH undilah BN! – Mynewshub.cc/HAA

Kategori