Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Rayani Air Kini Sedia...

PUTRAJAYA - Syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia, Rayani Air, menerima lesen perkhidmatan...

UAE Sahkan Kes Pertama...

DUBAI - Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Komuniti Emiriyah Arab Bersatu (UAE) hari ini...

Budak Melayu Murid Tunggal...

PAGOH - Sebuah sekolah vernakular Tamil di sini mungkin satu-satunya sekolah di negara...

Kambing 2 Muka Dilahirkan...

ISLAMABAD - Satu rakaman video yang memaparkan seekor anak kambing yang dilahirkan dengan...

Najib, Isteri Sertai Solat Hajat Sempena PRU14

PEKAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai solat hajat sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, malam ini.

Turut serta isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan anak lelaki mereka, Norashman.

Hadir sama empat calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Khairuddin Mahmud (Pulau Manis); Sh. Mohmed Fuzi Sh. Ali (Peramu Jaya); Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff (Bebar) dan Datuk Abu Bakar Harun (Chini).

Solat hajat yang disempurnakan selepas solat Maghrib disertai oleh kira-kira 500 jemaah itu kemudiannya diikuti tazkirah khas oleh penceramah bebas, Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah.

Antara lain, tazkirah selama setengah jam itu menyentuh mengenai nikmat kemakmuran, kepentingan membuat keputusan yang bijak untuk masa depan negara serta menjauhi dari menyebarkan berita tidak sahih.


Selepas solat Isyak, Perdana Menteri bersalam-salaman dengan jemaah sebelum bersama-sama mereka menikmati jamuan rakyat yang disediakan di perkarangan masjid. – BERNAMA

Kategori