Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

JPN Tidak Pernah Lantik...

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu...

Rosyam Nor Jalan Kaki...

SEMPENA menjayakan program Walk for World Quran Hour, pelakon dan penerbit popular, Datuk Rosyam...

Kuala Lumpur Urus Air...

KUALA LUMPUR - Satu jabatan pengurusan air khusus untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur...

Ustaz Kazim Dikejarkan Ke...

BACHOK - Ribuan penduduk sekitar Bachok tidak sempat menyaksikan perkongsian ilmu apabila penceramah...

Hari Wartawan: Najib Sertai Lebih 1,000 Pengamal Media

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyertai lebih 1,000 pengamal pada sambutan julung kali Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2018 di ibu negara pada 11 April.

Sambutan perayaan terbesar khusus untuk media tempatan di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade itu akan menyaksikan kehadiran pengamal media dari seluruh negara dan beberapa negara anggota ASEAN.

Menurut kenyataan media Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Hawana, antara perkara yang bakal menjadi tumpuan pada sambutan bertemakan ‘Membela Bangsa, Membina Negara’ ialah deklarasi yang menggariskan hala tuju kewartawanan dan industri media negara.

Kemuncak Hawana 2018 ialah penyampaian Anugerah Tokoh Hawana kepada seorang tokoh yang banyak menyumbang kepada kemajuan dunia kewartawanan negara.

Namun sebelum itu, perhatian akan tertumpu kepada ucapan Najib selaku tetamu kehormat yang akan turut mengambil bahagaian dalam sesi interaksi bersama pengamal media di majlis yang bermula 4 petang, kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Hawana diadakan bertujuan mendapatkan pengiktirafan negara dan penghargaan atas sumbangan pengamal media dalam membantu membangunkan negara dan mengukuhkan perpaduan masyarakat.

Wacana Hawana akan diadakan pada sebelah pagi dengan ketua-ketua pengarang, pengarang dan tokoh media tempatan berbincang mengenai kepentingan masa depan media tempatan dan seterusnya mengeluarkan deklarasi tersebut.


Beberapa negara seperti China dan Indonesia telah meraikan Hari Wartawan dan negara berkenaan memberi pengiktirafan secara rasmi atas jasa dan perjuangan golongan wartawan setiap tahun,

“Malaysia menjadi negara terkini menganjurkannya dan diharap Hawana akan dijadikan acara media terpenting setiap tahun di negara ini,” kata kenyataan itu.

Sambutan Hawana juga mendapat sokongan kuat Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selepas menghadiri sambutan serupa di Indonesia yang dikenali sebagai Hari Pers Nasional Indonesia di Padang pada Februari lalu dan di Ambon pada Februari tahun lepas.

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dengan kerjasama pengamal media seluruh negara mengambil tanggungjawab untuk menganjurkan dan melaksanakan Hawana bagi mengangkat profesionalisme kewartawanan negara. – BERNAMA

Kategori