Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Anggota Polis Patah Kaki...

ALOR SETAR - Seorang anggota polis patah kaki kiri dan cedera pada muka...

Lebih Banyak Rumawip Akan...

PUTRAJAYA - Lebih banyak projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) akan ditawarkan...

Petisyen Tuntut Keadilan Kematian...

PETALING JAYA - Selepas Jabatan Peguam Negara meletakkan kes kematian pekerja domestik, Adelina...

BN Tidak Bertanding Di...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil...

Najib Tegur Sebar Berita Palsu Pilihan Raya

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegur tindakan pengguna media sosial yang berkongsi berita palsu berkaitan pilihan raya umum.

Dalam catatan twitter beliau hari ini, Najib menyertakan satu contoh catatan pengguna di laman sosial yang kononnya berlaku penipuan proses pengundian.

“Ini pun sama, di permulaan dia tulis tak pasti jika #fakenews tapi kongsi juga. Tak pasti janganlah kongsi. Jangan jadi ejen kerosakan!” kata perdana menteri.

Dalam catatan twitter itu, beliau berkata setiap kali pilihan raya, pembangkang akan menyebarkan fitnah konon berlaku penipuan proses mengundi.

“Tuduh itu tuduh ini, dahsyat betul #TsunamiPHitnah,” katanya. – BERNAMA

Kategori