KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada atlet angkat berat negara, Muhamad Aznil Bidin yang menghadiahkan pingat emas kedua buat kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel Gold Coast 2018.
“Emas kedua Malaysia, juga dalam acara angkat berat! Tahniah Muhamad Aznil Bidin!,” katanya menerusi akaun Twitter di sini hari ini.
Dalam aksi pada Khamis, Aznil meraih pingat emas acara 62kg selepas membuat angkatan keseluruhan seberat 288kg dengan catatan 126kg bagi acara snatch, manakala 162kg bagi acara clean & jerk.
Pingat perak diraih atlet Papua New Guinea, Morea Baru dengan angkatan 286kg, manakala pingat gangsa menjadi milik Talha Talib dari Pakistan dengan angkatan 283kg. – BERNAMA