Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Video: Satu Keluarga Terbabas...

SEBUAH keluarga berdepan detik-detik mencemaskan apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan terjatuh ke dalam...

Kemampuan Aset Ketenteraan TUDM...

KUALA LUMPUR - Kemampuan pertahanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbukti dalam satu...

Janet Jackson Bercerai Selepas...

LONDON - Bintang terkenal Amerika Syarikat (AS), Janet Jackson, kakak penyanyi terkenal dunia,...

DBKL Siasat Medan Selera...

Kuala Lumpur : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyiasat premis medan selera...

Najib Umum Habuan Lebih Besar Penerima BR1M

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan habuan lebih besar kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jika Kerajaan BN kekal berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Beliau menjanjikan habuan itu ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Manifesto BN untuk PRU14 yang bertemakan ‘Bersama BN Hebatkan Negaraku’.

Katanya habuan itu dapat dikongsikan berikutan keadaan ekonomi yang semakin baik, kedudukan kewangan yang semakin kukuh dan hasil kutipan cukai GST serta pengurusan kewangan yang cekap.

“Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, BR1M bulan Jun dan Ogos 2018 berjumlah RM400 digandakan kepada RM800, bermakna jumlah keseluruhan meningkat daripada RM1,200 kepada RM2,000!

“Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, BR1M Jun dan Ogos berjumlah RM300 digandakan kepada RM600, bermakna jumlah keseluruhan meningkat daripada RM900 kepada RM1,500!” katanya penuh semangat.

Seterusnya bagi individu bujang yang berpendapatan RM2,000 ke bawah yang telah terima BR1M RM450 pada bulan Februari, Najib berjanji akan memberi tambahan RM150 lagi pada bulan Jun menjadikan jumlah keseluruhan RM600.

Beliau turut menarik perhatian kira-kira 40,000 penyokong BN yang hadir di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, apabila turut mengumumkan pemberian BR1M bagi isi rumah berpendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan.


“Satu lagi kategori baharu BR1M bagi isi rumah berpendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan, akan menerima BR1M RM700.

“Pemberian ini akan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM350, masing-masing pada bulan Jun dan Ogos 2018,” umumnya yang disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh dari setiap sudut stadium itu.

Selain itu, manifesto BN pada kali ini turut memperuntukkan bantuan sekali beri atau ‘one-off’ sebanyak RM1,500 kepada anak-anak penerima BR1M yang berjaya mendaftar di pusat-pusat pengajian tinggi. – BERNAMA

Kategori