Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ringgit Dibuka Rendah Dalam...

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar US pagi ini ekoran kurangnya momentum belian. Pada 9.05...

Nor Hisham Sebak Terkenang...

KUALA LUMPUR - Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu Datuk Nor Hisham Ahmad...

Kes Bunuh Bella: Sebutan...

Batu Pahat : Mahkamah Majistret di sini, hari ini menetapkan 21 April depan...

Agong Titah Rakyat Hayati...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan...

Najib Yakin Semporna Terus Kekal Dalam Tangan BN

SEMPORNA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional dapat mengekalkan kerusi Parlimen Semporna dalam pilihan raya umum akan datang atas keyakinannya ia mendapat sokongan rakyat.

Menurut beliau, walaupun rakyat di kawasan itu menghadapi dugaan dan cabaran kebelakangan ini (merujuk kepada tindakan Datuk Seri Shafie Apdal keluar daripada UMNO) tetapi bumi Semporna akan terus kekal dalam BN. Shafie kini mengetuai parti pembangkang Parti Warisan Sabah.

“Saya terharu dengan sambutan yang cukup hangat pada kunjungan saya hari ini ke Semporna dan terharu kerana rakyat Semporna masih setia kepada BN,” katanya pada majlis pelancaran Pusat Pelancongan Antarabangsa Semporna di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Najib turut menyerahkan geran tanah anak negeri kepada 1,000 orang penerima dan mengisytiharkan status Bum-Bum sebagai Pejabat Daerah Kecil.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman; pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Nasir Tun Sakaran dan Ketua Penerangan UMNO Semporna, Datuk Ramlee Marahaban.

Justeru, Najib berkata beliau akan terus memberi perhatian kepada rakyat di Semporna yang setia kepada BN.

Menurutnya perjuangan BN khususnya UMNO di daerah ini perlu diteruskan disebabkan perjuangannya jelas untuk membela nasib rakyat dan meneruskan agenda pembangunan.

Presiden UMNO itu juga berkata rentetan sejarah penubuhan UMNO membuktikan dalam perjuangan parti, yang penting adalah parti kerana pemimpin parti itu sendiri tidak kuat kerana yang memberi kekuatan kepadanya adalah parti.

Katanya sebagai contoh pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar meninggalkan UMNO disebabkan tidak setuju dengan dasar UMNO dan menubuhkan Parti Negara.


“Pemimpin meninggalkan UMNO disebabkan cita-cita tidak tercapai dengan mengutamakan kepentingan peribadi. Sepatutnya perjuangan parti diutamakan,” katanya.

Sebab itu, Najib berkata dalam perjuangan, anggota UMNO perlu ada nilai kesetiaan kepada pemimpin dan parti dan bukannya kesetiaan kepada peribadi.

Beliau turut memberi contoh mengenai tindakan Shafie, bekas naib Presiden UMNO, yang tidak mengenang jasa dan menikamnya dari belakang apabila membuat keputusan keluar daripada UMNO.

“Saya bagi peluang luar biasa kepada Shafie menjadi naib presiden (UMNO) dan melantiknya menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk membawa perubahan di kawasan luar bandar khususnya di Sabah.

“Minta dia bincang dengan Musa (Ketua Menteri Sabah) tetapi banyak nasihat saya dia tidak dengar. Saya kecewa dalam keadaan tertentu dia tikam saya dari belakang…pedih rasanya apabila sahabat karib berbuat demikian,” kata Perdana Menteri. – BERNAMA

Kategori